Suaram diberi 7 hari serah SSM dokumen
KUALA LUMPUR - Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diberi tempoh tujuh hari untuk mengemukakan dokumen relevan mengenai syarikat tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata satu notis mengenai arahan itu diserahkan semalam kepada setiausaha syarikat berkenaan dan juga melalui pos berdaftar, mengikut Seksyen 7B (2) Akta Syarikat 1965.
Beliau berkata, notis itu mengarahkan Suara Inisiaif menyerahkan dokumen bersabit penubuhan Suaram dan penyata akaun kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).