Translate

Memaparkan catatan dengan label KPDNKK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPDNKK. Papar semua catatan

06/04/2023

#PN: BAPA BURIK ANAK RINTIK - ANAK HAMZAH ZAINUDDIN ANTARA DITUDUH DI MAHKAMAH



SEREMBAN 5 April – Dua pengarah syarikat termasuk ANAK BEKAS MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN (KETUA PEMBANGKANG) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan, tahun lalu.

MUHAMMAD FAISAL HAMZAH, 39, dan Azizul Abdul Halim, 55, bagaimana pun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mazni Nawi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka sebagai PENGARAH SYARIKAT RIMBA MERPATI SDN BHD sebagai pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak masak telah memberikan maklumat palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Maklumat itu diberi semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan mengemukakan dokumen atau maklumat yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung dokumen/ invois penjualan minyak masak kepada Pasar Segar Din Maju.

Perbuatan itu dilakukan pada 12 Ogos 2022, lebih kurang jam 5 petang di Pejabat KPDN Seremban 2.

Justeru itu mereka didakwa di bawah Seksyen 8 ( 4 ) ( b ) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 ( 2 ) akta  sama.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

25/06/2015

KPDNKK SABAH BOLEH AMBIL TINDAKAN KENAPA DI SEMENANJUNG TIDAK ??

Tidak Letak Tanda Harga, Peniaga Bazar Ramadan Terima Notis KPDNKK
KOTA KINABALU: Peniaga bazar Ramadan di Kinarut, Papar yang tidak meletakkan tanda harga pada jualan masing-masing telah diberi notis peringatan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Sabah, Selasa.

Pengarah Penguat kuasa KPDNKK negeri Severinus Tukah berkata sebanyak 42 notis dikeluarkan berikutan pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati ramai peniaga gagal mematuhi peraturan.
"Hanya 40 peratus peniaga meletakkan tanda harga pada makanan dan minuman jualan mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

20/10/2014

HEBAT: Lima agensi penguatkuasaan bersekongkol menerima wang sogokan bulanan


OPS BELOT PERLU DITERUSKAN TERUTAMA DIPUSAT-PUSAT HIBURAN DISELURUH MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Ops Belot bagi memerangi rasuah mengesan lebih 24 anggota membabitkan lima agensi penguatkuasaan menerima  wang sogokan secara bulanan sebagai balasan melindungi  pengusaha cakera padat digital (VCD) dan  cakera video digital (DVD) cetak rompak  di sekitar Pulau Pinang.

Berdasarkan maklumat, didapati pegawai penguat kuasa dari agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan (KPDNKK) terbabit dalam kegiatan melepas dan melindungi pengusaha berkenaan dan diberi habuan bulanan.

31/05/2014

Sindiket kaut untung jutaan ringgit didalangi agensi penguatkuasa ???



JOHOR BAHRU - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi yang didalangi sindiket antarabangsa, dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan bahan bakar itu kepada kapal dagang dengan harga AS$1 (RM3.20) berbanding harga asal RM2 seliter.

Malah, pelbagai cara digunakan sindiket untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada dikenakan tindakan termasuk memalsukan dokumen pembekalan syarikat minyak.

Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman selepas pasukannya menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta di kedudukan 4.5 kilometer dari Pulau Lima berhampiran Sungai Rengit, di sini, Isnin lalu.

Beliau berkata, operasi bersepadu mulai pukul 5.20 petang itu disertai beberapa agensi termasuk Pasukan Polis Marin serta Jabatan Laut dan diselaraskan oleh Pasukan Petugas Khas, Jabatan Peguam Negara.  

23/05/2014

TINDAKAN PALING TEGAS KE ATAS DURI DALAM DAGING

Hadkan tempoh penempatan pegawai akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Selain akaun simpanan setiap individu yang disasarkan.

KUALA LUMPUR 22 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mengkaji untuk mengehadkan tempoh penempatan pegawai-pegawai penguat kuasa di sesuatu kawasan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah itu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan yang dijalankan.

"Kita sedang memikirkan penempatan pegawai-pegawai di sesuatu kawasan itu hendaklah bagi sesuatu tempoh tertentu dan seelok-eloknya tidak melebihi tiga tahun.

"Setakat ini, belum ada keputusan dibuat tetapi kita sedang menuju ke arah itu. Kita akan mengambil kira semua aspek sebelum membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kementerian itu semalam mengisytiharkan perang melalui Ops Titik ke atas petualang yang menjual serta menyeludup diesel bersubsidi sehingga mengakibatkan negara mengalami kerugian puluhan juta ringgit.

Pengarah Penguat Kuasa kementerian itu, Mohd. Roslan Mahayudin semalam berikrar untuk meng­ambil tindakan paling tegas terhadap para anggota serta pegawainya yang tidak jujur kerana beliau tidak mahu adanya ‘duri dalam daging' di dalam organisasinya.

BERSAMBUNG DISINI

15/05/2014

KPDNKK LANCAR OPERASI 'OPS TITIK' - HEBOH SELURUH NEGARA ???



TAK GUNA BUAT OPERASI, JIKA TELAH DIUMUMKAN LEBIH AWAL SEBELUM OPERASI DIJALANKAN. 

BAGIKAN MELEPASKAN BATUK DITANGGA AJA ???

SEREMBAN, 13 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melancarkan Ops Titik secara besar-besaran pada Khamis ini bagi membendung kegiatan penyelewengan diesel di seluruh negara.
Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata tindakan penguatkuasaan bersepadu secara besar-besaran itu berdasarkan hasil risikan dalaman dan maklumat daripada agensi penguatkuasaan lain.
“Beberapa individu, syarikat, sektor dan lokasi ‘hot spot’ (panas) dikenal pasti untuk disenarai pendek seperti stesen minyak, pemborong dan gudang simpanan yang menjadi transit untuk sindiket beroperasi,” katanya dalam siding media di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin.
Katanya KPDNKK akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan aktiviti itu dapat dihapuskan hingga ke akar umbi.
Sumber: KLIK DISINI

27/01/2014

ZAHID HAMIDI JANGAN CEPAT MELATAH !!!



TAKKAN LAH SEMUA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB HENDAK DIPIKUL OLEH PDRM HOI...... ??

APA GUNA PENGUATKUASA YANG DITUBUHKAN DIKEMENTERIAN BERKAITAN SEPERTI JAKIM DAN KPDNKK ???

KALAU MACAM NE....LEBIH RAMAI LAH PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG AKAN BERSARA LEBIH AWAL NAMPAKNYA !!!

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menegaskan tidak perlu ada campur tangan pihak polis untuk memantau harga barang sebaliknya memperkasakan institusi yang terlibat dengan isu tersebut sudah mencukupi.

Timbalan Presidennya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, walaupun usaha kerajaan melibatkan unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah untuk membantu menyelesaikan masalah kenaikan harga barang, namun ianya dilihat tidak akan berkesan.

Menurutnya, kementerian berkaitan dan pemimpin akar umbi adalah individu paling layak untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku di samping kesedaran pengguna sendiri untuk mengambil tindakan supaya tidak tertipu.

"Saya rasa penglibatan polis untuk turut sama pantau harga barang ini tidak perlu, kita tak perlu bebankan mereka kerana mereka ada tugas yang lebih besar.

"Cukup sekadar pemimpin di peringkat akar umbi termasuk ketua kampung, penghulu, pejabat daerah, majlis kerajaan tempatan, KPDNKK dan NGO, namun pengguna juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai harga barang yang sebenar dan mengambil tindakan memboikot.

04/07/2013

PEMERIKSAAN BERTERUSAN PERLU DILAKUKAN KE ATAS RESTORAN DAN GERAI MAKAN

Restoran 'ternak' lipas ditutup
Tindakan berterusan perlu diadakan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan ke atas restoran, kedai makan yang kian membiak disekitar Kuala Terengganu dan khasnya di Daerah Marang. Tapi apa yang berlaku pemeriksaan hanya dilakukan apabila ada laporan atau teguran yang dibuat oleh pelanggan.

Janganlah sampai perkara sedemikian berlaku seperti berikut:

08/02/2013

Bicara Pengguna bersama YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob


Marang 07/02/2013 - Program Bicara Pengguna bersama Menteri Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 3.00 petang.

Sambutan yang cukup meriah bagi rakyat Marang dimana pertama kalinya dapat bertemu dan berhubung secara langsung dengan Menteri KPDNKK. Turut hadir YB Datuk Yahya Khatib, YB Senator Datuk Ab. Rahman Bakar, Pegawai Daerah Marang, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Pengarah KPDNKK Negeri, Ketua-Ketua Jabatan serta warga Daerah Marang.

21/10/2012

Islam Ala PAS: Papan Tanda Islam Tetapi Rakyat Makan Makanan Haram?

PAS-Halal
PAS sememangnya parti yang keliru hala tuju, yang dipimpin oleh orang yang celaru dan bekerjasama dalam Pakatan yang haru-biru. Islam menjadi mainan politik seharian, dijadikan slogan promosi bagai iklan. Islam digunakan sebagai pakaian untuk menutup kemunafikan.

Akibat bersifat keterlaluan dalam politik, PAS akhirnya telah di’hijack’ syaitan. Kerana itu, segala yang baik dilihat buruk dan yang buruk ditatang dan dijulang. Musuh Islam dijadikan sahabat dan ketua manakala saudara seIslam ditentang.

Justeru, Islam bagi PAS kini hanya tinggal pada nama parti, di pakaian, dan retorik jalanan. PAS lebih mementingkan Islam dari segi luaran berbanding dalaman iaitu untuk dipertonton dan ditayang kepada manusia dan bukannya untuk Allah SWT.

14/09/2012

Sindiket raket tiruan Yonex

WAN AHMAD UZIR (tengah) bersama pegawai penguat kuasa menunjukkan raket tiruan jenama Yonex yang dirampas
di Kuching semalam.
TAK MUSTAHIL PENGEDARAN ATAU PENJUALANNYA JUGA TERDAPAT DI TERENGGANU ???
Menyedari populariti jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mampu melariskan perniagaan, satu sindiket tempatan dikesan mengambil kesempatan menjual raket tiruan jenama Yonex dengan 'meminjam' nama atlet berkenaan.
Aktiviti jualan peralatan sukan tiruan terbabit berjaya dibongkar selepas sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak disertai wakil jenama Yonex dari ibu negara dan Pegawai Undang-Undang dari Singapura menyerbu beberapa premis di sekitar pusat bandar raya pada pukul 9 pagi semalam.

03/08/2012

LAPOR SEGERA KEPADA KPDNKK MENGENAI HARGA BARANGAN DAN MAKANAN

Terkejut nasi kandar RM18.50


Terkejut nasi kandar RM18.50


KULIM - Seorang pemandu bas pekerja industri terkejut apabila dikenakan bayaran RM18.50 bagi sebungkus nasi yang dibelinya dari restoran nasi kandar di sini.

Mohamad Yusri Hanafiah, 32, berkata, dia hanya membeli nasi bersama ayam goreng, dua kacang bendi dan dua ekor sotong berukuran kirakira tiga sentimeter.

Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan harga dikenakan telah meminta pekerja di restoran itu mengira nasi bungkus serta lauk yang dibelinya beberapa kali.

24/07/2012

'Jangan guna istilah bufet Ramadan'


Harga bufet Ramadan tinggi


KUALA LUMPUR 22 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi amaran kepada hotel dan premis makanan di negara ini yang tidak mempunyai sijil halal supaya tidak menggunakan istilah bufet Ramadan sewenang-wenangnya.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, larangan penggunaan istilah bufet Ramadan bertujuan untuk tidak mengelirukan umat Islam terhadap status halal di premis makanan.

"Jakim ingin mengulangi larangan ini supaya semua pihak yang ingin mengadakan bufet Ramadan di premis mereka mematuhi peraturan. Sijil halal di negara ini hanya boleh diperoleh daripada Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri.

"Larangan ini harus dipatuhi kerana ia berkait dengan kepercayaan dan ibadah puasa umat Islam ketika ini," katanya.

07/07/2012

SUARAM PERLU DIHARAMKAN KERANA BUKAN SUARA RAKYAT MALAYSIA ???



Suaram diberi 7 hari serah SSM dokumen

KUALA LUMPUR - Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diberi tempoh tujuh hari untuk mengemukakan dokumen relevan mengenai syarikat tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata satu notis mengenai arahan itu diserahkan semalam kepada setiausaha syarikat berkenaan dan juga melalui pos berdaftar, mengikut Seksyen 7B (2) Akta Syarikat 1965.
Beliau berkata, notis itu mengarahkan Suara Inisiaif menyerahkan dokumen bersabit penubuhan Suaram dan penyata akaun kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

09/03/2012

SYABAS TAN TAHNIAH BAHAGIAN PENGUATKUASA KPDNKK TERENGGANU


Pada 01/03/2012 pengaduan telah dibuat di Portal Resmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (e-aduan) mengenai pembelian barangan komputer yang tidak mencapai tahap kepuasan pelanggan disebuah kedai komputer di Kuala Terengganu.


11/10/2011

Rakyat Terengganu diajak menyertai Kempen Jom Boikot

Image Detail

Kempen Jom Boikot akan digerakkan jika peniaga di negeri ini didapati masih berdegil meletakkan harga yang tinggi dan membebankan penggna.

Berikutan itu, Kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), persatuan pengguna di peringkat daerah sedia bertindak jika mendapati peniaga masih berdegil.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, pihaknya akan mengenalpasti kedai atau premis yang menaikkan harga barang-barang kawalan dari masa ke semasa.

15/06/2011

Harga Ikan Dipantau - KPDNKK

View Image

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memantau harga ikan di pasaran bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ekoran pengurangan subsidi harga diesel.

22/05/2011

Penghulu Dan Penggawa Diberi Kuasa Pantau Harga Dan Lindungi Pengguna


GEORGE TOWN, 22 Mei (Bernama) -- Institusi penghulu dan penggawa kini diberi kuasa untuk memantau harga barangan serta melindungi kepentingan pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penurunan kuasa yang diberikan merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada institusi penghulu dan penggawa memandangkan posisinya yang berada paling hampir dengan rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...