Translate

22/05/2011

Penghulu Dan Penggawa Diberi Kuasa Pantau Harga Dan Lindungi Pengguna


GEORGE TOWN, 22 Mei (Bernama) -- Institusi penghulu dan penggawa kini diberi kuasa untuk memantau harga barangan serta melindungi kepentingan pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penurunan kuasa yang diberikan merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada institusi penghulu dan penggawa memandangkan posisinya yang berada paling hampir dengan rakyat.
"Nasib dan kebajikan pengguna lebih terbela dengan perluasan kuasa kepada penghulu dan penggawa," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian kad kuasa kepada 252 penghulu dan penggawa dari empat buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang dan majlis perasmian kempen penurunan harga di Pasaraya Sunshine, di sini.

Setakat ini, katanya seramai 658 penghulu dan penggawa di seluruh semenanjung Malaysia telah diberi kuasa untuk memantau harga barangan dan menjaga kebajikan pengguna di kawasan luar bandar.

Katanya penurunan kuasa hanya melibatkan tiga perundangan iaitu Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...