Hadkan tempoh penempatan pegawai akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Selain akaun simpanan setiap individu yang disasarkan.
KUALA LUMPUR 22 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mengkaji untuk mengehadkan tempoh penempatan pegawai-pegawai penguat kuasa di sesuatu kawasan.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah itu dilaksanakan dalam usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan yang dijalankan.
"Kita sedang memikirkan penempatan pegawai-pegawai di sesuatu kawasan itu hendaklah bagi sesuatu tempoh tertentu dan seelok-eloknya tidak melebihi tiga tahun.
"Setakat ini, belum ada keputusan dibuat tetapi kita sedang menuju ke arah itu. Kita akan mengambil kira semua aspek sebelum membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kementerian itu semalam mengisytiharkan perang melalui Ops Titik ke atas petualang yang menjual serta menyeludup diesel bersubsidi sehingga mengakibatkan negara mengalami kerugian puluhan juta ringgit.
Pengarah Penguat Kuasa kementerian itu, Mohd. Roslan Mahayudin semalam berikrar untuk mengambil tindakan paling tegas terhadap para anggota serta pegawainya yang tidak jujur kerana beliau tidak mahu adanya duri dalam daging' di dalam organisasinya.
BERSAMBUNG DISINI
BERSAMBUNG DISINI