Translate

14/09/2012

Sindiket raket tiruan Yonex

WAN AHMAD UZIR (tengah) bersama pegawai penguat kuasa menunjukkan raket tiruan jenama Yonex yang dirampas
di Kuching semalam.
TAK MUSTAHIL PENGEDARAN ATAU PENJUALANNYA JUGA TERDAPAT DI TERENGGANU ???
Menyedari populariti jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mampu melariskan perniagaan, satu sindiket tempatan dikesan mengambil kesempatan menjual raket tiruan jenama Yonex dengan 'meminjam' nama atlet berkenaan.
Aktiviti jualan peralatan sukan tiruan terbabit berjaya dibongkar selepas sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak disertai wakil jenama Yonex dari ibu negara dan Pegawai Undang-Undang dari Singapura menyerbu beberapa premis di sekitar pusat bandar raya pada pukul 9 pagi semalam.
Pengarah PPDNKK Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, dalam serbuan itu, sejumlah peralatan sukan badminton jenama Yonex terdiri raket dan peralatan sukan lain bernilai RM2,000 dirampas.
Menurutnya, sindiket terbabit dikesan menjual raket tiruan jenama Yonex yang seakan-akan sama digunakan oleh pemain badminton terkenal itu semata-mata mengaut keuntungan.
“Pengguna yang membeli peralatan sukan terbabit langsung tidak menyedari ia barangan tiruan kerana harga dan kualitinya tidak banyak berbeza dengan yang tulen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...