Translate

11/10/2011

Rakyat Terengganu diajak menyertai Kempen Jom Boikot

Image Detail

Kempen Jom Boikot akan digerakkan jika peniaga di negeri ini didapati masih berdegil meletakkan harga yang tinggi dan membebankan penggna.

Berikutan itu, Kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), persatuan pengguna di peringkat daerah sedia bertindak jika mendapati peniaga masih berdegil.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, pihaknya akan mengenalpasti kedai atau premis yang menaikkan harga barang-barang kawalan dari masa ke semasa.

Katanya, orang ramai juga diminta melaporkan kepada pihak terbabit jika mengetahui kegiatan peniaga yang mengambil untung berlipat ganda..

“Laporan boleh dibuat kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri dan pejabat cawangan di daerah masing-masing,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Peti Undi Seberang Barat
Luar, Kuala Besut, semalam.

Menurutnya, setiap laporan yang diberikan hendaklah mengandungi maklumat terperinci termasuk lokasi, masa, jenis makanan untuk diteliti oleh pihak berkuasa ( KPDNKK).

Beliau berkata,, harga barangan makanan di negeri ini terutama di Kuala Terengganu lebih mahal berbanding di tempat disebabkan berpunca punca daripada kos pengangkutan darat ke Terengganu, agak jauh.dan memakan masa yang lama untuk sampai.

Katanya, ini berlaku mungkin kuasa beli rakyat Terengganu lebih baik disebabkan kerajaan negeri menyediakan banyak dana kepada rakyat yang diambil kesempatan peniaga menaikkan harga.

Beliau berkata, pengguna memainkan peranan penting untuk mengatasi atasi masalah kenaikan harga dengan memilih premis yang sesuai dan elak berbelanja di kedai yang mengenakan harga yang tinggi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...