Tidak Letak Tanda Harga,
Peniaga Bazar Ramadan Terima Notis KPDNKK
KOTA KINABALU: Peniaga bazar Ramadan di Kinarut,
Papar yang tidak meletakkan tanda harga pada jualan masing-masing telah diberi
notis peringatan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Sabah, Selasa.
Pengarah
Penguat kuasa KPDNKK negeri Severinus Tukah berkata sebanyak 42 notis
dikeluarkan berikutan pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati ramai peniaga
gagal mematuhi peraturan.
"Hanya
40 peratus peniaga meletakkan tanda harga pada makanan dan minuman jualan
mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.
Sementara
itu, beliau berkata pada Isnin lalu, KPDNKK turut menjalankan pemeriksaan ke
atas 69 buah gerai bazar Ramadan di Padang Bandaran Keningau.
Bagaimanapun,
katanya, tidak ada notis dikeluarkan.
Severinus
menasihatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan meletakkan
tanda harga pada setiap makanan dan minuman yang dijual.-- Bernama