Translate

26/06/2015

Transformasi Usaha Kurang Jumlah Penjawat Awam di Malaysia?

CUEPACS Hantar Memorandum Bantah Beku Ambil Kakitangan Baharu
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baharu dalam sektor awam dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata tindakan itu perlu kerana cadangan kerajaan itu dikhuatiri akan memberi kesan besar terhadap graduan universiti yang baharu menamatkan pelajaran selain menambah masalah kekurangan kakitangan yang berkhidmat dalam sesuatu sektor.

"Penjawat awam negara ini tidak seperti negara-negara lain yang mengkelaskan perkhidmatan wajib iaitu pendidikan, tentera, polis dan kesihatan di luar sektor awam.

"Di negara ini, kita campur semua sekali, sebab itu dilihat ramai. Tetapi (hakikatnya) kalau kita pergi sesuatu tempat (sektor perkhidmatan awam), ada yang mengadu, sana tak cukup kakitangan, sini tak cukup kakitangan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS di Kuala Lumpur, Khamis.

Azih berkata jumlah penjawat awam negara ini hanya kira-kira 500,000 sahaja.

Selain buang kakitangan awam yang bermasalah, sila kecilkan segera saiz kabinet Malaysia yang ada hari ini, singkirkan menteri yang seringkali menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia hari ini. Rakyat Malaysia tidak perlukan pemimpin seperti ini.

1. tempat orang pencen tidak diganti
2. maka beban kerja staff pencen itu diambil alih secara sama rata oleh penjawat awam yang lain
3. kerajaan tidak buang pekerja tapi cuma melalui staff pencen seperti pencen 5 orang ganti 2 kakitangan awam yang baru sahaja sehingga optimum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...