AGAK MUSTAHIL
jika difikirkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menjangka ada
sesuatu yang tidak kena dengan permohonan empat parti pembangkang yang
dipimpinnya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk berdaftar sebagai sebuah entiti
politik.
Sebagai seorang ahli politik veteran
yang terkenal dengan ketegasan dan disiplin “hati keringnya” sebagai seorang
doktor, sudah tentu beliau tidak akan membiarkan PERMOHONAN ITU DIPETI-SEJUKKAN oleh
Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).
Dr Mahathir pernah membuat pengakuan
bahawa sebagai seorang doktor, falsafah pentadbirannya ialah jika sesuatu isu
itu perlukan tindakan segera beliau sentiasa bersedia melakukannya demi
‘menyelamatkan kepentingan lebih besar’.
Lantas bila beliau merungut dan memaksa
diri untuk menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia
menjentik sedikit keraguan sama ada beliau sebenarnya hanya ‘berlakon’ untuk
menjadikan isu berkenaan suatu sensasi politik.
Nasibnya agak kurang baik kerana pada
Isnin 20 November lalu tarikh beliau mahu bertemu Zahid, kebetulan Timbalan
Perdana Menteri yang pernah ditahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) kerana dilihat condong kepada politik saingannya, Anwar Ibrahim, Zahid
tiada di pejabat.
Maka beliau dan beberapa panglima
pembangkang terpaksa berhadapan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam
Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim sahaja. Ketika itu seharusnya Dr Mahathir sedar
beliau tidak mengamalkan falsafah kedoktorannya.
Lazimnya Dr Mahathir akan bertindak
menyemak mengapa tiada jawapan tuntas daripada pihak RoS. Jika beliau
menggunakan naluri kedoktorannya dan mengambil tindakan susulan, pasti beliau
sudah mendapat jawapan daripada RoS lebih awal lagi.
Dr Mahathir diberitahu bahawa adalah
sukar memproses permohonan PH itu kerana ada dua parti yang memohon untuk
bergabung di bawah panji-panji PH itu menghadapi masalah melanggar pra-syarat pendaftaran.
Rekod pengurusan DAP selekeh. RoS sudah
berkali-kali mengarahkan parti berkenaan memperbaiki proses pemilihan barisan
peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC). Namun DAP memandang ringan isu
itu.
Begitu juga dengan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sendiri. Walaupun perlembagaan parti
menetapkan bahawa mesyuarat agungnya mesti dilaksanakan dalam tempoh setahun penubuhannya, tindakan
itu masih belum diambil.
Tambahan pula, “PENYELEWENGAN”
dengan menggunakan rujukan Armada
untuk sayap pemuda parti itu juga adalah bercanggah dengan peraturan penubuhan
PPBM.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan
banyak laporan daripada ahli akar umbi parti itu langsung kepada RoS berhubung
pelbagai tatacara PENGURUSAN
PPBM YANG DIKATAKAN TIDAK TELUS DAN ADA TUDUHAN BERLAKU PENYELEWENGAN KUASA.
Sumber: KLIK DISINI