TAHNIAH: SPRM
PERLU MEMPERLUASKAN SIASATAN SERTA TINDAKAN DISELURUH NEGARA.
PUTRAJAYA
- Baja-baja yang diseleweng daripada
Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) didapati dijual jauh lebih murah oleh suspek berbanding dengan
harga pasaran biasa.
Menurut
sumber, baja-baja yang diseleweng tersebut digunakan suspek bagi membaja sawah
padi yang diusahakannya secara pajak seluas 55 ekar.
Selain
itu suspek juga menjual baja
berkenaan dengan harga semurah RM10 kepada orang tengah sebelum
dijual kepada petani dengan harga lebih tinggi.
"Keuntungan yang dikaut
tersebut telah mendatangkan keuntungan kepada orang tengah memandangkan baja
berkualiti tinggi itu mempunyai permintaan tinggi dan dapat dijual dengan harga
antara RM40 hingga RM60 di pasaran.
"Penyelewengan tersebut bukan sahaja merugikan
kerajaan malah merugikan para petani yang sepatutnya mendapat menafaat skim
baja tersebut," katanya.
Sementara
itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan, Datuk Simi Abdul Ghani berkata, SPRM
memandang serius berhubung isu penyelewengan ini kerana bantuan kerajaan tidak
sampai kepada kumpulan sasar.
Tambah
beliau, SPRM tidak menolak kemungkinan akan membuat tangkapan baharu beberapa
orang lagi berhubung kes ini.
Semalam,
SPRM telah menangkap seorang Pengurus Projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
di Melaka kerana dipercayai menyeleweng SBPKP berjumlah kira-kira RM2.54 juta
sejak awal tahun lalu.
Suspek
lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 3.00 petang di Pejabat Lembaga
Pertubuhan Peladang Negeri Melaka dan telah direman selama enam hari bermula
hari ini untuk membantu siasatan bawah Seksyen
18 Akta SPRM 2009.
Sumber: KLIK DISINI