BERMULA dari sebaran sekeping gambar
daripada akaun Perdana Menteri, ianya mula ditularkan lewat petang semalam. Bagai halilintar semua cyber trooper PKR dan PAN ranap
hancur dan tiada bangkai.
Bagai dibom dengan
senjata nuklear yang paling power di abad ini.
Sebelum ini lidah mereka gian bertari, jari jemari
rancak berkeyboard. Macam bermacam kata nista sebelum ini. Mereka dengan mulut
manis mengecam Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana menerima kunjungan dari
seorang pemimpin negara yang amat mereka benci setakat ini.
Mereka kata Lebai PAS terkulai layu di sisi Najib,
ada dedak melintasi katil, Lebai PAS gila berUG, Lebai PAS kemaruk kuasa, Lebai
PAS pelahap jawatan dan bermacam kata nista mereka hambur di media sosial
sebagai penghias catatan mereka.
Bila mereka sendiri memakan liur Mahathir, orang
yang menzalimi Anwar Ibrahim, pemimpin idola mereka satu waktu dahulu bermula
refomasi 1998, mereka sudah boleh melupakan Bapak Anwar yang dituduh peliwat
oleh Mahathir.
Hari ini tiada lagi pemuda gagah reformasi, tiada
lagi angkatan hebat yang sering melaungkan reformasi di jalanan. Semuanya
hilang bila Mahathir berjaya menjadi dewa mereka sekali lagi. Anwar kian
dilupakan. Oleh kerana Anwar memang licik dia berjaya keluar dari kurungan
untuk mengingatkan pengikutnya yang dia masih hidup.
Anwar kesepian, tidak seperti dahulu lagi.
Penyokong PAS, penyokong reformasi, pentas PAS, pentas Anwar, bila Anwar diberi
sedikit kuasa Ahli Parlimen Pematang Pauh, yang tidak boleh disembunyikan
faktanya PAS membantu memenangkan beliau di sana, Anwar kian gian dan rancak
berpolitik dalaman.
Dia cuba menjadi Menteri Besar Selangor dengan cara
pelik iaitu Langkah Kajang. Taktik Anwar yang didukung Rafizi dan sekutu DAPnya
tidak menjadi dan Anwar kini meringkuk di sebalik jeriji Sungai Buloh tanpa
dipedulikan lagi. Mahathir dijulang ke sana ke mari.
Bila sekeping gambar Najib yang mereka sudah
labelkan manusia paling celaka dan sial terpaku duduk tersenyum sinis di sisi
katil Bapak Anwar Ibrahim di Hospital bersama bini masing-masing, semua
pendekar cyber terkunci mulut dan jari. Kaku, lumpuh dan terduduk.
Kelicikan Anwar tidak menjadi lagi kali ini.
Walaupun dia berjaya keluarkan diri dia sementara dengan alasan kesihatan,
sebenarnya Anwar hendak sampaikan mesej kepada pengikutnya yang dia masih
hidup. Tapi sebaliknya. Tiada pengikutnya melaungkan Hidup Anwar di hadapan
hospital, sebaliknya Najib meranapkan kelicikan Anwar dalam masa beberapa detik
sahaja.
Suara rengetan pun yang keluar busuk kohong
bagaikan bangkai, jari-jari pun memburuk bagai kena penyakit kencing manis
tahap 10. Jatuh tulang-tulang jari, lidah memburuk dan mereka cuba bersembunyi
muka mereka di sebalik sekeping tisu tangan...hanya sekeping gambar tersebar...
Catatan Noja
LPT2 Tol Paka
18/11/2017
LPT2 Tol Paka
18/11/2017
Sumber: KLIK DISINI