Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengetuai siasatan berhubung KES PECAH AMANAH DAN PENIPUAN mengenai kes kerugian urus niaga mata
wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan
berhubung kerugian itu telah mengesyorkan siasatan dijalankan mengikut
undang-undang.
“Biarpun suruhanjaya tersebut tidak
mempunyai kuasa perundangan, tetapi dapatan kajian ini telah mengesyorkan agar
siasatan mengikut perundangan dilakukan.
“Mereka mencadangkan beberapa
personaliti dalam laporan itu supaya dilakukan siasatan mengikut undang-undang
kanun jenayah atau undang-undang lain berkaitan,” katanya kepada wartawan
selepas merasmikan Karnival Planet Ummah dan melancarkan aplikasi Imarah Tiga
Masjid Utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Putra di sini
hari ini.
Semalam, Setiausaha suruhanjaya
berkenaan DATUK DR YUSOF ISMAIL MEMBUAT LAPORAN POLIS berdasarkan syor dan rumusan RCI
mengenai kemungkinan BERLAKU
PECAH AMANAH DAN PENIPUAN DALAM SKANDAL BERKENAAN.
Yusof dilaporkan berkata laporan itu
bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah
amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan
oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya tersebut.
LAPORAN SETEBAL 400 MUKA SURAT itu
dibentangkan di Parlimen semalam.
Sumber: KLIK DISINI