Translate

Memaparkan catatan dengan label Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI). Papar semua catatan

01/12/2017

MAHATHIR DAN KRONI CACING KEPANASAN

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengetuai siasatan berhubung KES PECAH AMANAH DAN PENIPUAN mengenai kes kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan berhubung kerugian itu telah mengesyorkan siasatan dijalankan mengikut undang-undang.

“Biarpun suruhanjaya tersebut tidak mempunyai kuasa perundangan, tetapi dapatan kajian ini telah mengesyorkan agar siasatan mengikut perundangan dilakukan.

“Mereka mencadangkan beberapa personaliti dalam laporan itu supaya dilakukan siasatan mengikut undang-undang kanun jenayah atau undang-undang lain berkaitan,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Karnival Planet Ummah dan melancarkan aplikasi Imarah Tiga Masjid Utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Putra di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...