Translate

21/04/2018

RAIS YATIM KETUA PENGARAH ROS YANG BARU ?'

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membidas Tan Sri Rais Yatim yang membangkitkan isu kesahihan parti itu.
Nazri berkata, RAIS TIDAK PERLU MASUK CAMPUR memandangkan soal itu bawah bidang tugas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
ROS sudah membuat keputusan berhubung penangguhan pemilihan Umno berdasarkan peruntukan sedia ada, katanya lagi.
"Sejak bila Rais jadi ketua pengarah (ROS)? Selepas ini dia boleh memohon untuk jadi ketua pengarah secara kontrak, biar dia buat kerja kalau dia rasa (ada perkara) tidak betul.
"Bagi Bagi saya tak perlu kacau kerja ketua pengarah ROS. Biarkan dia buat kerjanya dan jangan ada tekanan daripada mana-mana pihak," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Rais yang merupakan tokoh veteran Umno menggesa MT parti itu mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada penangguhan dua kali pemilihan Umno sah atau tidak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...