KUALA LUMPUR: Pastinya
parti-parti politik yang ingin bertanding di dalam Pilihan raya Umum ke-14
(PRU14) perlu membuat PEMILIHAN
CALON YANG BAIK DAN SESUAI.
“Dalam hal ini, Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
menyarankan calon-calon yang dipilih untuk bertanding perlu DILIHAT DARI SUDUT ADAB DAN AKHLAKNYA juga,” ujar Yang Dipertua PUM, Dato' al-Syeikh
Abdul Halim Abdul Kadir dalam kenyataan media kepada Harakahdaily, hari ini .
Katanya, ramai yang BERASA GELI UNTUK MEMILIH CALON-CALON YANG
TIDAK SESUAI DAN TIDAK MEMPUNYAI ADAB DAN AKHLAK YANG BAIK.
“Parti-parti politik dinasihat supaya tidak
meletakkan calon yang rendah akhlak, calon yang suka duduk di kelab malam, terlibat
dengan aktiviti tidak bermoral, terlibat dengan rasuah, tidak mendekati masjid,
atau mereka yang hanya mementingkan hiburan semata-mata,” ujarnya lagi.
Tambahnya, PUM percaya dalam pendekatan politik
masa kini, rakyat pasti menolak mana-mana calon yang sedemikian.
“Kita mahu pastikan Malaysia terus maju dengan
rakyat dan pemimpin yang baik agar rahmat serta pengampunan Allah SWT sentiasa
bersama kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/4/2018