SHAH ALAM: Bekas ahli DAP Shamsher
Singh Thind menyifatkan PPBM
SEBAGAI TERDESAK apabila sanggup 'MENGUPAH'
peguamnya mewakili sekumpulan ahli Umno menfailkan semakan kehakiman bagi
membubarkan parti itu.
Katanya, parti bunga itu bukan sahaja
dilihat MEMPERGUNAKAN 16 INDIVIDU berkenaan, malah sengaja mencetuskan
persepsi buruk kepada Umno dan badan kehakiman negara.
Ujarnya, kes kehakiman yang cuba dibawa
itu dijangka akan ditolak berikutan melanggar Perlembagaan Umno dan Akta Pertubuhan
1966.
“Ini kerana, 16 orang ahli Umno
berkenaan hilang ‘locus standi’ untuk memfailkan semakan kehakiman kerana
mereka hilang keahlian dengan serta-merta menurut klausa 20.7 Perlembagaan
Umno,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.
Berdasar peruntukan itu, jelas pengamal
undang-undang itu, seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau
hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan
parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.
“Oleh itu, mereka sekarang adalah bekas
ahli Umno. Maka mereka hilang ‘locus standi’ untuk membuat tuntutan di atas
(membubarkan Umno).
“Kedua, menurut Seksyen 18C Akta
Pertubuhan 1966, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa
permohonan tentang keputusan yang dibuat parti politik berkenaan hal ehwal
parti.
“Takkan peguam Dr. Mahathir (Haniff
Khatri Abdulla) tidak tahu semua ini? Saja nak fail lah tu. Dan bila mahkamah
menolak kes ini, macai-macai Pakatan akan kata hakim bodoh, hakim dedak, hakim
kayu dan lain-lain,” ujarnya.
Hari ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan 16 individu yang memfailkan semakan
kehakiman tersebut telah dipecat serta merta berkuat kuasa hari ini.
Reaksi menyusul pemecatan itu, peguam
PPBM yang mewakili mereka Haniff Khatri Abdulla berkata selain memohon
pembubaran Umno, 16 individu berkenaan akan memfailkan prosiding menghina dan
mencabar pemecatan mereka.
Semalam, 16 individu itu memfailkan
semakan kehakiman bagi memohon Umno dibubarkan atas dakwaan gagal mengadakan
pemilihan sejak 2013.
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI