Translate

Memaparkan catatan dengan label Mahathir Upah 16 Individu Sabotaj UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahathir Upah 16 Individu Sabotaj UMNO. Papar semua catatan

22/04/2018

MAHATHIR UPAH 16 INDIVIDU CETUS PERSEPSI BURUK TERHADAP UMNO ???

SHAH ALAM: Bekas ahli DAP Shamsher Singh Thind menyifatkan PPBM SEBAGAI TERDESAK apabila sanggup 'MENGUPAH' peguamnya mewakili sekumpulan ahli Umno menfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan parti itu. 

Katanya, parti bunga itu bukan sahaja dilihat MEMPERGUNAKAN 16 INDIVIDU berkenaan, malah sengaja mencetuskan persepsi buruk kepada Umno dan badan kehakiman negara. 

Ujarnya, kes kehakiman yang cuba dibawa itu dijangka akan ditolak berikutan melanggar Perlembagaan Umno dan Akta Pertubuhan 1966.

“Ini kerana, 16 orang ahli Umno berkenaan hilang ‘locus standi’ untuk memfailkan semakan kehakiman kerana mereka hilang keahlian dengan serta-merta menurut klausa 20.7 Perlembagaan Umno,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini. 

Berdasar peruntukan itu, jelas pengamal undang-undang itu, seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...