SHAH ALAM: Bekas ahli DAP Shamsher
Singh Thind menyifatkan PPBM
SEBAGAI TERDESAK apabila sanggup 'MENGUPAH'
peguamnya mewakili sekumpulan ahli Umno menfailkan semakan kehakiman bagi
membubarkan parti itu.
Katanya, parti bunga itu bukan sahaja
dilihat MEMPERGUNAKAN 16 INDIVIDU berkenaan, malah sengaja mencetuskan
persepsi buruk kepada Umno dan badan kehakiman negara.
Ujarnya, kes kehakiman yang cuba dibawa
itu dijangka akan ditolak berikutan melanggar Perlembagaan Umno dan Akta Pertubuhan
1966.
“Ini kerana, 16 orang ahli Umno
berkenaan hilang ‘locus standi’ untuk memfailkan semakan kehakiman kerana
mereka hilang keahlian dengan serta-merta menurut klausa 20.7 Perlembagaan
Umno,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.
Berdasar peruntukan itu, jelas pengamal
undang-undang itu, seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau
hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan
parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.


