Translate

25/03/2018

HENTIKAN BUDAYA ANAK-BERANAK DALAM PH

KUALA LUMPUR: Janice Lee menasihatkan bekas parti anutannya, DAP dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) agar MENGHENTIKAN BUDAYA POLITIK NEPOTISME.

Beliau yang kini Setiausaha Parti Rakyat Malaysia (PRM) berkata budaya ahli keluarga memegang jawatan penting dalam parti tidak akan menyuburkan sistem demokrasi di negara ini.

"Didalam politik perlu ada 'check and balance' dan pembahagian kuasa yang telus bagi memastikan negara semakin maju dan parlimen semakin berkembang setimpal dengan sistem demokrasi negara.

"Saya rasa DAP atau lain-lain parti tidak sepatutnya mengamalkan nepotism kerana perkara ini bercangggah dengan konsep demokrasi dan meritokrasi dalam setiap parti," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Antarapos.

Budaya politik nepotisme dalam PH bukan isu asing malah kerap kali diperkatakan.

Namun ia ibarat 'MENCURAH AIR KE DAUN KELADI' dan budaya ini terus diterima pemimpin serta penyokong akar umbi parti politik PH.

Untuk rekod, DAP diterajui penasihatnya Lim Kit Siang sementara anaknya Lim Guan Eng memegang jawatan paling penting dalam parti, iaitu Setiausaha Agung.

Manakala, PKR pula terdiri daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sementara isterinya menduduki kerusi presiden parti dan anak sulong mereka, Nurul Izzah Anwar menjawat jawatan naib presiden.

Parti yang baru menganggotai PH, PPBM pula menyaksikan pengerusinya dikuasai Tun Dr Mahathir Mohamad sementara anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir pula menjawat jawatan timbalan presiden.

Lebih menarik, PH sebulat suara untuk memilih Dr Mahathir sebagai calon sementara perdana menteri pembangkang jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Azizah pula dipilih sebagai calon timbalan perdana menteri pembangkang.

Sementara Anwar akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir apabila beliau dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampunan Yang Di-Pertuan Agong.

Jika itu yang berlaku, Malaysia bakal mendapat perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang merupakan pasangan suami isteri.

Justeru Janice yang juga bekas ADUN Teratai berkata sebelum menjadi semakin parah, PARTI PEMBANGKANG HARUS BERHENTI MENGAMALKAN BUDAYA NEPOTISME dalam berpolitik.

"Saya rasa mungkin akan ada 'conflict of interest' dalam satu hari. Contoh, suami jadi perdana menteri dan isteri menjadi menteri kewangan. Jadi apa-apa masalah boleh dibincangkan di rumah sahaja tanpa dibincangkan dalam mana-mana kabinet atau jawatankuasa. 

"Mereka boleh kumpul makan dan berbincang berdua sahaja," kata Janice lagi.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...