
Kenapa dua perayaan utama masyarakat India di Malaysia sambutan Ponggal dan Thaipusam tidak dimasukkan dalam kalendar peristiwa penting kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP?
Itu tanda tanya yang dibangkitkan oleh Pemuda MIC negeri itu selepas menyedari tiada dua sambutan penting itu dalam kalender 'visit Penang'.
Ponggal, atau perayaan menuai, disambut pada 15 Jan, manakala Thaipusam disambut secara besar-besaran oleh penganut Hindu pada 27 Jan.