Translate

Memaparkan catatan dengan label Jerebu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jerebu. Papar semua catatan

18/09/2015

RAJA BOMOH BUAT HAL LAGI


RAJA Bomoh, Ibrahim Mat Zin didakwa menjalankan acara ritual bagi mengurangkan jerebu.

Menurut laporan SuaraTV, Raja Bomoh berkenaan menggunakan teropong buluh dan meletakkan sebongkah ais di dalam kuali dan meminta jerebu 'membebaskan Malaysia'.

“Kita gunakan teropong sebagai simbolik, begitu juga dengan ais yang dapat membantu menjadikan suasana bebas dari jerebu,” katanya Ibrahim.

Beliau turut membacakan doa supaya jerebu hilang secepat mungkin.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengklasifikasikan perbuatan Raja Bomoh berkenaan sebagai haram.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini menegaskan keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh terbabit.

Sumber: KLIK SINI

25/06/2013

Jerebu: Presiden Indonesia Minta Maaf Kepada Malaysia & Singapura

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.
"Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.
"Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi," katanya.
Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...