Translate

Memaparkan catatan dengan label ICJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ICJ. Papar semua catatan

02/06/2018

#PULAU BATU PUTIH: PAP / DAP BERSATU MENAFIKAN MILIK MALAYSIA

JOHOR BAHRU: UMNO Johor menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan dan menyatakan pendirian berhubung keputusan kerajaan persekutuan menimbang semula untuk mencabar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata biar apa pun keputusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Johor seharusnya mempunyai ketegasan dan menyatakan pendiriannya tersendiri berhubung perkara itu.

"Pihak
MENTERI BESAR JOHOR HANYA MEMBISU dan tidak sedikit pun bersuara menyatakan pendirian kerajaan negeri, sama ada bersetuju atau tidak dengan keputusan tersebut. Tindakan sedemikian amat mendukacitakan.

"Kerajaan negeri seharusnya peka, aktif dan tegas menyatakan pendirian berhubung perkara tersebut terutamanya
PEDRA BRANCA terletak berhampiran dengan Johor. Sudah pastilah kedaulatan dan pemilikannya akan memberi kesan yang besar kepada persempadanan dan aktiviti laut di perairan Johor," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata kerajaan negeri tidak boleh sekadar bersikap acuh tidak acuh dan memilih untuk tidak mengambil peduli perkara yang besar dan penting itu.

KELEBIHAN FIZIKAL:
Pulau Batu Puteh memiliki keluasan 2,000 m², dan semasa air surut diukur, panjangnya ialah 137 m. Ia tidak termasuk Batuan Tengah, yang mana KEDUA-DUA BATU TUNGGUL TERLETAK 0.6 NMI (1.1 KM) DI SELATAN PULAU YANG DIMILIKI OLEH MALAYSIA, dan Tubir Selatan, batu yang timbul semasa air surut sahaja, 2.1 nmi (3.9 km) ke selatan yang mana pemilik sebenar masih dalam penentuan.[5]
SEJARAH:
Kerajaan Negeri-negeri Selat merasakan perlu membina rumah api di Pulau Batu Puteh pada 1847. Kapten James Horsburgh dari Scotland, British kemudiannya membina Rumah Api Horsburgh pada 1847-1851 selepas MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA SULTAN JOHOR pada 1844. [6] Seorang hidrografer Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk melukis peta kedalaman kawasan perairan ini.
Perairan sekitar batuan ini pertama kali memiliki rekod pelayaran yang diterbitkan seawal 1953. Pelayar Belanda Johann van Linschoten kemudian merekodkan Pulau Batu Puteh sebagai "di mana kapal datang dan pergi ke dan dari China lalu dalam bahaya dan sebahagiannya meninggalkannya" ("where ships that come and go to and from China pass in great danger and some are left upon it"). Batuan ini mendapat nama semasa sekumpulan burung camar laut singgah di atasnya.

Sumber Rujukan: 1

Sumber Rujukan: 2

Sumber Rujukan: 3

Sumber Rujukan: 4

Sumber Rujukan: 5

Sumber Rujukan: 6

23/02/2014

CAMPUR TANGAN ICJ CUBA MEROBEK PERLEMBAGAAN MALAYSIA ???

Sabitkan Karpal langgar kebebasan bersuara, kata pakar antarabangsa.  JANGAN BENARKAN ICJ CAMPURTANGAN.

The International Commission of Jurists (ICJ) turut bersama dengan peguam Malaysia tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Karpal Singh (gambar) atas kesalahan menghasut, dengan mengatakan ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan taraf kebebasan bersuara bagi para peguam.
Penasihat Undang-Undang Antarabangsa ICJ bagi Asia Tenggara, Emerlynne Gil berkata pensabitan ini memberi mesej kepada peguam di Malaysia bahawa mereka tidak bebas untuk memberi pendapat tentang isu undang-undang.
Gil berkata, pensabitan Karpal bermula dengan sidang media awal tahun 2009 di mana beliau didakwa mengatakan perkara yang menghasut apabila mempersoalkan kekuasaan Sultan Azlan Shah dalam menyingkirkan Menteri Perak pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Kes ini satu lagi tanda kerajaan Malaysia tidak mempunyai rasa hormat terhadap prinsip kebebasan bersuara," kata Gil dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Karpal bertindak memenuhi fungsi beliau sebagai seorang peguam, iaitu memberi pendapat kepada pihak awam dalam perkara berkaitan dengan undang-undang.
Prinsip utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam fungsi peguam, khususnya menyatakan bahawa peguam, seperti mana-mana rakyat lain, mempunyai hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat.

01/12/2013

PULAU BATU PUTIH ADALAH HAK MUTLAK MALAYSIA

Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil baru bagi membincangkan penandaan sempadan maritim Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah, dan Terumbu Karang Selatin - kelompok batu yang muncul di laut kedua-dua negara.
Ini dipersetujui pada Mesyuarat ketujuh Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) berhubung pelaksanaan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Putih, Terumbu Karang Tengah, dan Terumbu Karang Selatin, di Singapura selama dua hari mulai Khamis.
Perkara ini terkandung dalam kenyataan bersama oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Singapura, K. Shanmugam, yang dikeluarkan di sini Sabtu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...