Translate

Memaparkan catatan dengan label Pulau Batu Putih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Batu Putih. Papar semua catatan

26/01/2023

#ISU PULAU BATU PUTEH: TUN M TAK PERLU SALAHKAN PIHAK LAIN TINDAKAN PERLU DIAMBIL KEATAS TUN


JOHOR BAHRU, 25 Jun – Ahli Dewan Negeri (ADUN) Johor, Aznan Tamin menyelar tindakan bekas Perdana Menteri, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD YANG BERTERUSAN MENUDING JARI DAN MENYALAHKAN PIHAK LAIN DALAM ISU PULAU BATU PUTEH.

Beliau berkata, sebagai seorang ‘negarawan’ Tun Mahathir sepatutnya mengambil tanggungjawab dan bukan meneruskan sikap menunding jari menyalahkan pihak lain atas keputusan sendiri.

“Pertamanya saya selaku salah seorang Ahli Dewan Negeri Johor merafak sembah menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Johor yang kecewa dengan keputusan Persekutuan membatalkan rayuan tuntutan Batu Puteh pada tahun 2018,

“Perdana Menteri pada ketika itu TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD TELAH MEMBUAT SATU KEPUTUSAN YANG MEMBELAKANGI TUANKU SULTAN JOHOR selaku Ketua Negeri Johor untuk tidak meneruskan semakan terhadap keputusan ICJ tentang pemilikan Batu Puteh.

“Lebih mengecewakan, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah merujuk Pulau Batu Puteh sebagai ‘PULAU YANG BERSAIZ SEBESAR MEJA’,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Aznan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang berkata, sebagai bangsa Johor, walau seinci tanah Johor ia melambangkan kedaulatan negeri dan seluruh jajahan takluk Tuanku Sultan Johor.

“Lebih-lebih lagi, Pulau Batu Puteh ini letaknya berhampiran dengan kawasan saya iaitu DUN Tanjung Surat.

 BERSAMBUNG KLIK DISINI

24/04/2017

PULAU BATU PUTIH ADALAH HAK MUTLAK MALAYSIA

Pulau Batu Putih, Perbezaan Peguam Negara Yang Baru Dan Lama. Cuai Atau Sengaja?

1. Tindakan TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI memfailkan permohonan semakan berkaitan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh pada 2 Februari lalu merupakan satu keputusan yang telah lama ditunggu oleh rakyat negara ini.

2. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) “The Hague” memutuskan Pulau Batu Puteh merupakan milik Singapura.

3. Rentetan keputusan tersebut membawa pelbagai kritikan dan gosip mengenai pasukan Peguam Negara Malaysia di bawah Tan Sr Abdul Ghani Patail bertindak cuai dan sambil lewa atau dengan sengaja atau diarah oleh pehak yg lebih atas darinya untuk berbuat demikian. Malah tiada permohonan semakan penghakiman dibuat walau pun keputusan tersebut mengecewakan rakyat Malaysia.. Mengapa? Semuanya menjadi tanda tanya..

01/12/2013

PULAU BATU PUTIH ADALAH HAK MUTLAK MALAYSIA

Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil baru bagi membincangkan penandaan sempadan maritim Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah, dan Terumbu Karang Selatin - kelompok batu yang muncul di laut kedua-dua negara.
Ini dipersetujui pada Mesyuarat ketujuh Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) berhubung pelaksanaan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Putih, Terumbu Karang Tengah, dan Terumbu Karang Selatin, di Singapura selama dua hari mulai Khamis.
Perkara ini terkandung dalam kenyataan bersama oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Singapura, K. Shanmugam, yang dikeluarkan di sini Sabtu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...