Pulau
Batu Putih, Perbezaan
Peguam Negara Yang Baru Dan Lama. Cuai
Atau Sengaja?
1. Tindakan TAN SRI DATO’ SRI
HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI memfailkan permohonan semakan berkaitan tuntutan ke
atas Pulau Batu Puteh pada 2 Februari lalu merupakan satu keputusan yang telah
lama ditunggu oleh rakyat negara ini.
2. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) “The Hague” memutuskan Pulau Batu Puteh merupakan
milik Singapura.
3. Rentetan keputusan
tersebut membawa pelbagai kritikan dan gosip mengenai pasukan Peguam Negara
Malaysia di bawah Tan Sr Abdul Ghani Patail bertindak cuai dan
sambil lewa atau dengan sengaja atau diarah oleh
pehak yg lebih atas darinya untuk berbuat demikian. Malah tiada permohonan
semakan penghakiman dibuat walau pun keputusan tersebut mengecewakan rakyat
Malaysia.. Mengapa? Semuanya menjadi tanda tanya..