Pulau
Batu Putih, Perbezaan
Peguam Negara Yang Baru Dan Lama. Cuai
Atau Sengaja?
1. Tindakan TAN SRI DATO’ SRI
HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI memfailkan permohonan semakan berkaitan tuntutan ke
atas Pulau Batu Puteh pada 2 Februari lalu merupakan satu keputusan yang telah
lama ditunggu oleh rakyat negara ini.
2. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) “The Hague” memutuskan Pulau Batu Puteh merupakan
milik Singapura.
3. Rentetan keputusan
tersebut membawa pelbagai kritikan dan gosip mengenai pasukan Peguam Negara
Malaysia di bawah Tan Sr Abdul Ghani Patail bertindak cuai dan
sambil lewa atau dengan sengaja atau diarah oleh
pehak yg lebih atas darinya untuk berbuat demikian. Malah tiada permohonan
semakan penghakiman dibuat walau pun keputusan tersebut mengecewakan rakyat
Malaysia.. Mengapa? Semuanya menjadi tanda tanya..
Dalam mempertahankan tuntutan
Malaysia. Ini termasuklah tindakan mengemukakan gambar dari sebuah blog (viral
dibawah) yang dianggap oleh ramai pemerhati sebagai satu kerja “sloppy”. Adalah
tidak masuk akal Peguam Negara menggunakan hujahan bergambar dari sebuah blog
untuk meyakinkan Mahkamah Antarabangsa bahawa Pulau Batu Puteh lebih dekat
dengan Malaysia dari Singpaura.
4. Malah beberapa pihak
menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai cara pasukan Ghani Patail
mempertahankan kes Pulau Batu Putih. Beberapa blog “nakal” mendakwa Ghani
Patail dan beberapa orang yang rapat dengan kepimpinan negara ketika itu “telah
menjual kes” ini kepada Singapura. Namun ia tidak pernah dibuktikan tuduhan
tersebut. Malah Ghani terus dikekalkan menjadi peguam negara.
Ghani Patail telah dilantik menjadi Peguam negara pada zaman Tun Mahathir
secara agak kontroversi sebaik berjaya memenjarakan Anwar Ibrahim atas
pertuduhan liwat dan salah guna kuasa mengatasi ramai lagi pegawai di Jabatan
Kehakiman yg lebih kanan dari beliau.
5. Namun apa yang pasti
ketika Singapura membariskan pasukan terbaik, Malaysia di bawah Ghani membawa
pasukan tempatan yang tidak punya kekuatan personaliti seperti Singapura.
6. Pasukan Singapura diketuai
oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional
dan Menteri Undang-Undang, Prof. S. Jayakumar dan dibantu oleh Ketua Hakim
Negara Chan Sek Keong, Peguam Negara Chao Hick Tin dan Duta Bebas
(Ambassador-at-Large) Prof. Tommy Koh. Mereka turut mendapat bantuan oleh panel
peguam antarabangsa yang terdiri daripada Ian Brownlie Q.C, Prof. Alain Pellet,
Rodman Bundyn dan Loretta Malintoppi.
7. Manakala pasukan Malaysia
diketuai oleh Duta Bebas merangkap penasihat hal ehwal antarabangsa kepada
Perdana Menteri, Abdul Kadir Mohamad yang juga berupa kepala delegasi Malaysia
bagi rundingan Jambatan Bengkok dengan Singapura.
8. Selain Abdul Kadir,
pasukan Malaysia ialah Duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin, Peguan
Negara Abdul Ghani Patail dan anaknya Faedzul Azra. Bagaimanapun Malaysia turut
menggunakan panel perundangan antarabangsa sebagai pasukan sokongan yang
terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya
profesor undang-undang antarabangsa Universiti Cambridge, Nicolaas Jan
Schrijver, profesor undang-undang awam dan antarabangsa Universiti Lieden,
Belanda, Marcelo G. Kohen, profesor undang-undang antarabangsa, Institut
Pengajian Antarabangsa, Geneva, Switzerland, dan Penelope Nevill, Downing
College, Universiti Cambridge.
9. Di sebalik tuduhan liar
berlaku koruspi ke atas pasukan ini, Prof Dr Rahamat Mohamad memberi beberapa
hujahan penting mengapa Malaysia kalah dalam perbicaraan tersebut berdasarkan
penghakiman The Hague.
10. Mungkin berdasarkan
ulasan tersebut, Tan Sri Appandi berpendapat adalah sesuai dikemukakan semula
hujahan di The Hague kerana beliau mempunyai bukti mencukupi mengubah hujahan
penghakiman lalu.
11. “Fakta baharu”, yang
mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan
Antarabansga (ICJ) berhubung Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) adalah merujuk
kepada tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom.
12. Dalam siaran media
melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata, dokumen itu termasuk
surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958,
laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut
Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut
dari tahun 1960-an.
13. Selama bertahun-tahun
selepas kekalahan kita tidak mendengar sebarang usaha Ghani Patail untuk
mencari bukti yang baharu. Anehnya tidak sampai setahun selepas pelantikan
Peguam Negara yang baharu, kita sudah menemui bukti yang sangat kuat untuk
menang jika ditampilkan dalam perbicaraan terdahulu.
14. Apa pun mari sama-sama
berdoa perjuangan Appandi Ali kali ini akan mendapat kejayaan walaupun ia bukan
lagi jalan yang mudah seperti dahulu.
Sumber Rujukan: KLIK DISINI