Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan
jawatannya, Lim Guan Eng pernah mengkritik Ketua De Facto PKR Datuk
Seri Anwar Ibrahim di dalam dialog
tertutup di Lecture Theatre, Nanyang Technological University, Singapura.
Ahli
Akademik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Lim Guan Eng semasa dialog
tersebut menyalahkan Anwar dan Langkah Kajang sebagai punca kepada Presiden PAS
Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin berjauhan dengan parti pembangkang DAP dan
PKR.
“Saya fikir sebab utama Hadi (berubah) adalah
kemarahan terhadap Anwar. Anwar membuat Langkah Selangor (Kajang) tanpa merujuk
kepada sesiapa. Mungkin saya tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan.
Selepas itu beliau (Hadi) keluar (pakatan rakyat), beliau memanggil saya dan
meminta maaf,” kata Lim Guan Eng dalam sesi dialog pada 10 Disember 2014.
Langkah
Kajang menurut Lim Guan Eng merujuk kepada usaha PKR untuk menjadikan Anwar
sebagai Menteri Besar Selangor dengan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Kajang selepas penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh melepaskan jawatan di atas
arahan PKR.
Walaubagaimanapun,
langkah awal tersebut gagal apabila Anwar didapati bersalah meliwat Saiful
Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun. PKR seterusnya
mencalonkan isteri Anwar merangkap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail sebagai pengganti.
Sumber: Bersambung lagi disini