Tempoh Reman
Adam Rosly Disambung 4 hari Lagi Ada
Bukti Zuraida Terlibat
Tempoh reman Ketua Angkatan
Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Adam Rosly Abdullah dilanjutkan empat hari
bermula esok bagi membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa dimilikinya.
Perintah tahanan reman itu
dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman terhadapnya
sehingga 22 April ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Adam
Rosly, 29, ditahan untuk disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang
Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA)
2001.
Terdahulu,
beliau dibawa ke mahkamah pada 9.18 pagi oleh pegawai SPRM dan dilihat memakai baju
lokap warna jingga manakala tangannya bergari.
Pada 10
Februari lalu, SPRM merakam keterangan suspek berhubung dakwaan kekayaan luar
biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang
jawatan dalam PKR. Adam dikatakan memberikan keterangan palsu berhubung
pemilikan hartanya.
Khamis lalu, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM selepas datang untuk memberi keterangan berhubung dakwaan itu.
Semalam
Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang menafikan Adam adalah Pegawai Khasnya
walaupun semua tahu Adam adalah pegawai khasnya. Dikatakan SPRM bakal
membekukan lagi lebih RM5 juta harta Adam dan Zuraida dari hasil haram.
Lanjutan
reman Adam menunjukkan ada maklumat baru berhubung penglibatan Zuraida Ahli
Parlimen Ampang itu. Zuraida bakal dipanggil SPRM dalam tempoh terdekat untuk
membantu siasatan.
Sumber: Rozmi Mokhtar