PAP. "Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila
Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP. "Jadi, DAP ini anak butir tahi PAP.
(Saya) Sebut dengan
bahasa yang kasar sedikit," katanya ketika berucap di ceramah perdana
'Sempena Kejayaan Pembentangan RUU 355' di Marang, Terengganu malam tadi.
Ceramah berdurasi
hampir 35 minit itu disiarkan oleh Terengganu Kini yang dimuatnaik di laman
Youtube hari ini. Dalam pada itu, Abdul Hadi turut membidas DAP yang
mempertikaikan kerjasama PAS dengan UMNO sedangkan parti itu sendiri pernah
berunding dengan pihak luar seperti Amerika Syarikat.
Selain itu, katanya,
jika kerajaan Pulau Pinang boleh berunding dengan kerajaan Persekutuan mengenai
jambatan Pulau Pinang atau projek di negeri itu, tiada sebab mengapa PAS tidak
boleh berunding dengan UMNO untuk melaksanakan syariat Islam.
"Kita
boleh berunding dengan UMNO, sesiapa saja untuk
melaksanakan syariat Islam. Sedangkan dia dengan Amerika (Syarikat) pun
berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia
berunding. "(Mereka) berunding dengan negara asing untuk mengubahkan
politik Malaysia.
Kita tak sampai ke
tahap itu nak suruh negara asing campur tangan negara kita. "Kita
berunding dengan UMNO saja, sama-sama Melayu, Islam. Salah? Mereka berunding
dengan Amerika tak apa? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan
negara asing tak apa, bincang mengenai politik Malaysia.
"Politik Malaysia biar orang
Malaysialah yang buat perubahan. Tak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari.
"Biar saya dedah di sini, kalau ada pemberita, siar, biar orang
tahu," katanya.
Sumber: KLIK DISINI