Dalam Usaha
Untuk Menghasut,
Semalam Rafizi dikecam teruk Di Facebooknya, hari ini dibelasah di Twitter pula,
RUU355 mungkin satu pengalaman ngeri buat Rafizi
Semalam Rafizi dikecam teruk Di Facebooknya, hari ini dibelasah di Twitter pula,
RUU355 mungkin satu pengalaman ngeri buat Rafizi
1.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli (Pandan) dihujani kecaman dan kritikan
terhadap tindak tanduknya di Dewan Rakyat pada semalam.
2.
Rafizi memuat naik status dalam laman Facebook miliknya semalam bagi tujuan
menghasut dengan meluahkan rasa tidak puas hati kononnya tidak diberi peluang
berbahas berkenaan RUU355. Malangnya beliau menerima kecaman pelayar laman
sosial itu yang terdiri daripada penyokong tegarnya sendiri.
3.
Rafizi seolah-olah tidak faham tentang apa yang diperkatakan Yang Di-Pertua
Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sesi perbahasan RUU355
ditangguhkan pada sesi akan datang. Bukan disekat seperti dakwaannya. Berikut
merupakan kecaman dan kritikan yang diterima Rafizi di laman sosial tersebut:
"Aik...ditangguh
kata disekat? YB tak faham bahasa, ke tak
boleh nak beza sekat dengan ditangguhkan?
YB ada
dalam dewan tadi? YB tak tengok ke berapa ramai geng-geng YB diberi laluan
untuk mengacau Ahli Parlimen Marang buat pembentangan sehingga lewat hampir 1
jam.
Kalau
suara YB dan geng-geng disekat, jangan harap speaker nak bagi laluan.
Ke YB
tidur sebelum pembentangan bermula tadi,"_ kata pengguna Facebook Mohd.
Luqman.
"Kau
(Rafizi) ni memang pemikiran liberal. Semua benda nak dipolitikkan. RUU355 ini
untuk umat Islam, tak boleh ke kau sokong?
Ke kau
ni Islam hanya pada nama? Tak ade pegang hukum hakam Quran. Aku lebih hormat
Ahli Parlimen UMNO dalam hal ini berbanding kau yang hanya khadam (kuli) abadi
DAP.
Dasar
pondan tak ade telur,"_ kata pengguna Facebook Wan Hafizie Wan Harun.
4.
Selain di laman Facebook, hari ini Rafizi sekali lagi dikecam netizen berhubung
status berkenaan. Pengguna Twitter hari ini menggunakan trending hashtag #Kecam Rafizi untuk ‘membelasah’ beliau.
5. Ramai
pengguna Twitter marah dengan tindakannya yang didakwa berpakat
dengan Lim Kit Siang bagi membantah RUU355.
Berikut adalah antara ‘tweet’ pengguna Twitter yang menggunakan #KecamRafizi:
“Sidang
Parlimen 'Olok-olok' YB @rafiziramli nak buat tu utk apa? Adakah sebagai
propaganda jahat untuk mengelirukan rakyat sebelum tiba waktunya?” kata
pengguna Twitter Hafiz Osman.
“@rafiziramli
tau tak #RUU355 sudah lama diwartakan di negara kita
dan sudah melalui 2 kali pindaan?” soal pengguna Twitter Marwan Hussein.
6.
Selain itu, ada yang menggesa pengundi di Parlimen Pandan supaya menolak Rafizi
kerana mengkhianati agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Sumber: KLIK DISINI SEGERA