Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan
dirinya terlibat dengan skandal dagangan mata wang asing dilakukan oleh Bank
Negara Malaysia (BNM) sekitar era 90-an.
Menerusi
satu kenyataan, Anwar yang kini dipenjarakan kali kedua berkata, skandal
berkenaan sudah berjalan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan di
bawah naungan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada waktu
tersebut.
“Masalah mula dikesan laporan yang membimbangkan
dari media antarabangsa dan pasaran Zurich, sekitar akhir 1991 dan awal 1992,
dan perkara tersebut dikemukakan semula kepada Gabenor BNM (Tan Sri Jaafar
Hussein),” kata Anwar dalam satu kenyataan menerusi Unit Komunikasi PKR,
semalam.
“Tan Sri
Jaafar memberikan keterangan yang sama dan memaklumi bahawa Pengarah Urusan
(yang menguruskan dagangan mata wang) tersebut di BNM adalah Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop.
“Namun,
manakala draf awal audit BNM 1991 dibentangkan, Perbendaharaan melahirkan
kebimbangan. Gabenor BNM akui jumlah terlibat adalah lebih besar dari
yang dijangka”.
Sumber: KLIK DISINI