Bukan lagi rahsia bila mana Muhyiddin
Yassin menjadi sasaran serangan dari dalam parti yang
dia sendiri adalah Presidennya. Hampir kesemua masalah dalaman yang melanda
Parti Cap Bunga yang sepatutnya dia terajui tetapi sebenarnya ‘tali
layang-layangnya’ dipegang oleh Mahathir, dihempuk atas kepala
Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya gagal
mengawal ahli!
Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya hanya melebihkan kroni dan
orang-orang yang terdekat dengannya!
Muhyiddin Yassin dipersalahkan kerana tidak ambil peduli tentang parti
sebaliknya membiarkan Dr. Mahathir yang bekerja keras untuk memperkukuhkan
parti termasuklah ‘mempergunakan’ penjawat-penjawat awam bagi mewujudkan
TSUNAMI MELAYU pada PRU-14 akan datang!
Muhyiddin Yassin juga dipersalahkan kerana terlalu VIP dan minta
diberikan layanan permaidani merah walaupun dia bukan lagi dalam hierarki
tertinggi pentadbiran negara.
Beberapa keputusan yang dibuat atau melibatkan Muhyiddin Yassin kini
dipersoalkan.
Antaranya termasuklah, mengapa Muhyiddin mahu bekerjasama dengan PAS
hanya di Johor, Terengganu dan Kedah padahal Dr. Mahathir sendiri telah
mengatakan, TIADA LAGI KERJASAMA ANTARA CAP
BUNGA DENGAN PAS.
Juga dipersoalkan adalah watikah perlantikan yang hanya mempunyai
tandatangan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden tetapi tiada tandatangan Dr.
Mahathir yang dianggap sebagai SUPREME LEADER yang mempunyai kuasa pemutus
lebih tinggi berbanding Presiden.
Selain itu, taktik Muhyiddin Yassin yang mahu ‘hijack’ calon-calon UMNO
yang tidak akan dicalonkan pada PRU akan datang juga dipersoalkan. Para
penyokong Mahathir di dalam parti tersebut lebih berminat dengan taktik
‘hijack’ calon-calon UMNO yang telah menang dengan majoriti tipis pada PRU akan
datang untuk lompat parti, sekaligus mengurangkan perbelanjaan yang perlu
dikeluarkan oleh Cap Bunga apabila calon-calon UMNO tersebut akan membiayai
kempen dan memenangi pilihanraya dengan dana UMNO sendiri.
Taktik yang
digunakan oleh Muhyiddin dianggap akan membinasakan Cap Bunga kerana bukan
sahaja dana yang terpaksa dikeluarkan jauh lebih besar, tetapi juga mereka
hanya memperolehi pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak berkualiti.
Justeru, taktik Mahathir yang mahu mempergunakan calon-calon UMNO yang
telah menang PRU dan mempunyai kerusi sama ada DUN apatah lagi Parlimen, lebih
berwibawa dan perlu diperkukuhkan.
Sumber: BERSAMBUNG DAN KLIK DISINI