Hari ini
Pemuda Umno melalui Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis
terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan
Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu
Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Ada
banyak kritikan kepada beliau berhubung laporan itu. Ada yang berkata mengapa
perlu mencipta musuh baru. Walau apapun kritikan kepadanya kita harus bersetuju
beberapa perkara mengenai laporan itu. Sebagai Mantan Ketua Jabatan 3 individu
yang dilapor mempunyai kuasa dan akses kepada dokumen tertentu.
Ini
bukan kali pertama pegawai SPRM mendatangkan kecurigaan. Kes kebocoran dokumen
Siasatan IMDB tahun lalu sehingga kepada tangkapan PDRM dan pemindahan Datuk
Bahri Mohd Zin (Pengarah Operasi Khas SPRM) dengan beberapa pegawai SPRM pun
masih tidak selesai. Sekadar ditutup untuk meredakan keadaan. Begitu juga
tindak tanduk Shukri Abdull ( TKP SPRM) yang mencurigakan.
21 Julai Jabatan
Kehakiman AS ( DOJ) memfailkan saman sivil kepada individu yang dikaitkan
dengan IMDB. Lorreta Lynch Peguam Negara AS dan FBI memainkan peranan dalam
kenyataan media itu, malah memuji kerjasama SPRM kerana membantu mereka. SPRM
mungkin terperangkap dalam pujian itu maka 22 Julai SPRM mengesahkan mereka
bekerjasama dengan FBI selama ini.
Di
sinilah persoalan besar muncul dari pengakuan SPRM. Keraguan baru yang perlu
jawapan. Jika SPRM memberi kerjasama kepada FBI mengapa dana derma RM2.6b yang
SPRM sahkan ogos 2015 masih menjadi tanda tanya FBI dan disebut dalam butiran Saman
Sivil Jabatan Kehakiman AS itu?
Apa dokumen yang SPRM beri kepada FBI selama ini? Benarkah seorang peniaga sahaja? Apakah dokumen itu di luluskan oleh Gani Patail selaku Peguam Negara ketika itu? atau Dokumen itu tidak dimaklum kepada Tan Sri Mohamad Apandi Peguam Negara baru? SPRM berkongsi segala-galanya dengan Peguam Negara baru?
Apa dokumen yang SPRM beri kepada FBI selama ini? Benarkah seorang peniaga sahaja? Apakah dokumen itu di luluskan oleh Gani Patail selaku Peguam Negara ketika itu? atau Dokumen itu tidak dimaklum kepada Tan Sri Mohamad Apandi Peguam Negara baru? SPRM berkongsi segala-galanya dengan Peguam Negara baru?
Bukankah
SPRM telah bertemu penderma Arab dan ia dinyatakan dalam kenyataan media SPRM
ogos 2015 itu ( 3 dan 5 Ogos). Sepatutnya Pengarah Biro Siasatan Persekutuan
(FBI), James Comey berbangga dengan SPRM dan berpuas hati dengan keejasama
maklumat bahawa RM2.6b bukanlah masalah tetapi diperakukan derma.
Percanggahan
maklumat SPRM dan FBI menunjukkan ada sesuatu yang berlaku. Oleh yang demikian
laporan Khairul Azwanitu sangat berasas dan wajar.Jika tidak dilapor keraguan
ini siapa lagi yang akan lakukan? Ketiga-tiga Tan Sri yang mengetuai jabatan
wajar disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara,
termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
IGP
perlu membuka semula kertas siasatan yang ditutup berhubung pegawai SPRM kaki
bocor ini. Begitu juga Bank Negara dan pegawai-pegawai di Pejabat Peguam
Negara. Pegawai khianat harus disingkirkan.
Adalah
jelas pengakuan SPRM dengan kerjasama FBI telah memerangkap kerja-kerja pegawai
SPRM di belakang tabir ini. Kenyataan mereka bercanggah dengan kertas DOJ yang
disiasat FBI. Siasatan kepada Tan Sri Abu Kassim, Zeti dan Gani Patail tidak
semestinya menjadikan mereka salah tetapi sebagai Mantan Ketua Jabatan mereka
wajar disiasat jika mungkin terdapat pegawai-pegawai mereka yang khianat!
Captain M
27 Julai 2016