Dalam 'rungutan' terbaru Mahathir, dia mendakwa keluarga dan kawan-kawannya di ganggu oleh pihak
kerajaan, rekod cukai mereka diperiksa dan sebagainya. Tidak pulak dinyatakan pihak mana satu yang dimaksudkan tapi
sebab perkataan cukai disebut, besar kemungkinan LHDN la kot.
Takkan Kastam? Tak tahulah kalau yang dimaksudkan tu syarikat.
Penulis tak pasti apa yang salah dengan
pihak berkuasa seperti LHDN memeriksa rekod cukai kawan Mahathir, semua orang pun kena macam tu apa, nak hairan apanya?
Kalau bayar cukai ikut jadual semuanya,
nak takut apa pulak rekod kena periksa?
Adakah ini bermaksud kawan-kawan Mahathir tidak bayar cukai dan
dengan itu mengadu kepada orang tua ini minta perkara ini dibawa ketengah dan
agensi yang berkenaan berhenti 'menganggu' mereka?
Kita yakin, agensi berkaitan
menjalankan tugasnya seperti yang dinyatakan dibawah undang-undang, tidak ada
apa yang salah dilakukan.
Sebaliknya, kawan-kawan Mahathir itulah
yang berkemungkinan melakukan kesalahan sebab itu mereka mengadu kepada
Mahathir supaya Mahathir boleh membawa perkara ini kepada pengetahuan media.
Oleh yang demikian, minta kepada LHDN
dan pihak berkuatkuasa yang dimaksudkan Mahathir agar meneruskan saja
'gangguan' ini terhadap kawan-kawannya, Mesti
ada yang nak disorok dan takut terdedah, maka itu mereka meminta bantuan Mahathir.
Sumber: Balqis Sheikh
Sumber: Balqis Sheikh