Ahad, 23 Februari 2014

CAMPUR TANGAN ICJ CUBA MEROBEK PERLEMBAGAAN MALAYSIA ???

Sabitkan Karpal langgar kebebasan bersuara, kata pakar antarabangsa.  JANGAN BENARKAN ICJ CAMPURTANGAN.

The International Commission of Jurists (ICJ) turut bersama dengan peguam Malaysia tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Karpal Singh (gambar) atas kesalahan menghasut, dengan mengatakan ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan taraf kebebasan bersuara bagi para peguam.
Penasihat Undang-Undang Antarabangsa ICJ bagi Asia Tenggara, Emerlynne Gil berkata pensabitan ini memberi mesej kepada peguam di Malaysia bahawa mereka tidak bebas untuk memberi pendapat tentang isu undang-undang.
Gil berkata, pensabitan Karpal bermula dengan sidang media awal tahun 2009 di mana beliau didakwa mengatakan perkara yang menghasut apabila mempersoalkan kekuasaan Sultan Azlan Shah dalam menyingkirkan Menteri Perak pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Kes ini satu lagi tanda kerajaan Malaysia tidak mempunyai rasa hormat terhadap prinsip kebebasan bersuara," kata Gil dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Karpal bertindak memenuhi fungsi beliau sebagai seorang peguam, iaitu memberi pendapat kepada pihak awam dalam perkara berkaitan dengan undang-undang.
Prinsip utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam fungsi peguam, khususnya menyatakan bahawa peguam, seperti mana-mana rakyat lain, mempunyai hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...