Translate

22/02/2014

SIKAP KETIDAK JUJURAN DALAM TUGAS MENGAIBKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ???


Marang - Kejadian berlaku pada 20/02/2014 jam lebih kurang 10.30 pagi, seorang pelajar TABIKA YAYASAN ISLAM Cawangan Daerah Marang, MUHAMMAD IRFAN BIN HUSSEIN, 6 tahun telah mendapat kecederaan parah semasa berada di sekolah tersebut, dimana tangan kiri dibahagian atas siku didapati patah.



Dengan tindakan yang pantas, guru sekolah tersebut terus menghubungi bapa kepada pelajar tersebut ketika itu berada di Kuala Terengganu sedang menghadiri mesyuarat. Seterusnya guru tersebut terus menghantar pelajar yang cedera ke Kelinik Kesihatan Daerah Marang, untuk mendapatkan pengesahan serta rawatan awal.



Petugas di Klinik tersebut telah mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami adalah serious dan perlu dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan segera.

Memandangkan pelajar tersebut memiliki SKIM INSURAN KEMALANGAN, maka bapa kepada pelajar telah meminta kerjasama pihak Klinik Kesihatan Daerah Marang melalui guru yang menghantar, supaya tolong menghantar pelajar tersebut ke KUALA TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL, Jalan Kamaruddin, K/Terengganu.

Tapi malangnya pihak petugas Klinik Kesihatan Daerah Marang ENGGAN menghantar pelajar tersebut, kerana bukan Hospital Kerajaan, walaupun pada ketika itu pelajar tersebut dalam keadaan kesakitan.

Kemudian ibu kepada pelajar tersebut dapat dihubungi dalam tempoh masa yang agak lama kerana sedang bertugas di Balai Polis Marang, maka dengan keadaan yang kelam kabut terpaksa meninggal tugas, bergegas ke Klinik tersebut dengan memandu kenderaan sendiri yang diserta oleh dua orang guru terus ke Kuala Terengganu Specialist Hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan kepada anaknya dalam masa yang cukup panjang.

Disepanjang perjalanan dari Marang ke Kuala Terengganu, si ibu yang memandu kenderaan sendiri dan dibantu oleh guru, terpaksa mendengar jeritan tangisan pelajar kerana kesakitan yang amat sangat.

RUMUSANNYA ADAKAH PERKARA SEDEMIKIAN ADALAH SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN KEPADA PETUGAS-PETUGAS DI PUSAT KESIHATAN TIDAK MEMBENARKAN PESAKIT DIHANTAR KE HOSPITAL SWASTA DENGAN MENGGUNAKAN KENDERAAN KERAJAAN ???

Sedangkan PIAGAM PELANGGAN YANG DILAUNGKAN ADALAH "KAMI SEDIA MEMBANTU" sepertimana dibawah:

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN

1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
1.2  Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

2. TARAF PERKHIDMATAN
2.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...