Translate

Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis. Papar semua catatan

12/10/2013

APA DAH JADI GARA-GARA ISTERI MAT YO ???



Isteri Pakcik Guard pasti cemburu sejak kebelakangan ini, tapi kalau bujangan tak apa lah. 

Terlalu ramai peminat dan semakin glamour berlebih-lebih lagi artis Neelofa mengambil peluang bergambar bersama. Sumber: KLIK

17/04/2013

PENYOKONG PAS KECEWA DIATAS PENCALUNAN USTAZAH AISHAH ??

Isa (right) is set to face Aishah, formerly of Aishah and the Fan Club and famous for her hit song Janji Manismu back in the 90s
Penyokong-penyokong PAS begitu kecewa diatas pencalunan Aishah @ Ustazah Mee Segera di Parlimen Jempul yang akan berdepan dengan PAK ISA SAMAD.

APA PAS sudah ketandusan calun ?? Mana perginya muka-muka lama atau Para Ulama yang begitu berkelibar didalam PAS ??? atau dah tukar nama baru apabila menjelmanya Pilihanraya - PARTI ARTIS SEDUNIA ???
Bukan nak menghina para ARTIS pulak, tapi ini adalah kebenaran yang disuarakan sebilangan besar para penyokong PAS yang begitu kecewa...kecewa...kecewa diatas pencalunan itu. KLIK


14/09/2012

Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.
“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

16/08/2012

Janganlah terlalu taksub dengan ideologI politik



ABBY ABADI POLITIK MURAHAN

Mengenai pilihan Abby Abadi untuk aktif berpolitik dengan memilih untuk menyertai parti pihak pembangkang, AC Mizal berkata, dia tidak punya apa-apa untuk diperkatakan, sebaliknya menghormati keputusan Abby Abadi.

"Saya cuma mahu ingatkan Abby jika mahu membuat apa-apa kenyataan diharapkan ada justifikasi yang betul mengenainya. Biarlah kita tertib dan sopan apatah lagi jika mahu berdakwah atau menyebarkan ajaran Islam.

15/08/2012

USTAZAH ABBY PERLU MENDALAMI ILMU AGAMA SEBELUM NAIK KE PENTAS BERCERAMAH


Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.

Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri. Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.

09/08/2012

Jadi Alat Pas : Akhil Hayy Pecah Lubang

Dipetik dari mstar.com.my 

Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik  

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

Perbezaan Artis Sokong Islam Dan Artis Sokong PAS

farah_ashikin
Saya tidak dapat bayangkan betapa malunya PAS apabila artis yang sudah berhijrah, Farah Asyikin, mendedahkan bahawa dia hanya tertarik dan menyokong Islam sahaja, serta tidak mahu terbabit dengan mana-mana pergerakan parti politik tanahair.

Pada satu majlis anjuran PAS baru-baru ini, Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 itu hadir di KUIZM Taman Melewar, sebuah markaz PAS terbesar di ibu negara bagi memenuhi jemputan.

Farah Asyikin hadir sebagai salah seorang jemputan di wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad, Membangun Negara Berkebajikan.

Agak menarik apabila artis berusia 33 tahun itu berani untuk hadir ke pusat “pembaptisan PAS” itu dan hatinya tetap kukuh bersama Islam.

Menurut sumber, ketika diajukan soalan “sokong apa” di majlis berkenaan, Farah Asyikin tidak berganjak dari pendiriannya untuk menegaskan bahawa dia menyokong Islam.

31/07/2012

Sheila Rusly & Umie Aida bidas kenyataan Abby Abadi

ABBY ABADY MAK JANDA BERHATI BUSOK 

Pelakon dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.
"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."

23/07/2012

Tidak guna artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah



KUALA LUMPUR, 21 Julai — Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.
Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.
“Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah,” kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
“Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah, kadangkala berceramah ugama lagi.
Kartunis yang aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR daripada selama-lamanya berceramah.

22/07/2012

Salahuddin Ayub memang kaki pembohong dan putar alam

ningbaizura-pas513
Ning Baizura hentam PAS....Sharifah Aini terkejut.

Kantoi habis... pembohongan PAS selama ini mengenai sokongan artis-artis hendak sertai parti itu, siap berani sebut nama lagi terbongkar.Ini berikutan tersebarnya tweet 'amukan' penyanyi terkenal NING BAIZURA balun PAS.Beliau  'angin satu badan' berikutan dakwaan kononnya merupakan sebahagian artis yang berkenaan.

Serentak dengan itu, Ning Baizura turut memberitahu bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.

Menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata "PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!," tulisnya pagi Rabu.

16/07/2012

PARTI PAS AKAN DIJENAMAKAN SEMULA KEPADA 'PARTI ANAK SENI'



ARTIS-ARTIS YANG TIDAK MENDAPAT PERHATIAN PEMINAT ATAU HENDAK GLAMOUR CEPAT, SEGERALAH MENDAFTAR MENJADI AHLI PAS (PARTI ANAK SENI) SEGERA !!!

Sertai Pas, azam baru pelakon Adam HamidKUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni. "Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.

"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Ustazah Aishah
Ustaz Bob

Ustazah Abby
Ustaz Hairie
berita selanjutnya baca disini hebat.....KLIK SEGERA

13/07/2012

3 ARTIS BAKAL CALUN PAS TERLIBAT DENGAN PROTES ISA ???

KAMUNTING - Tindakan memprotes Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih belum berhenti apabila tiga artis tempatan menyertai perhimpunan bersama penganjur Gerakan  Mansuhkan ISA (GMI) di hadapan pintu utama Kem Tahanan Kamunting (Kemta) bagi mendesak 45 tahanan dilepaskan segera.
Seramai 300 peserta termasuk tiga artis iaitu Abby Abadi, Hairi Othman dan Leman Raja Lawak mengadakan piket menentang akta yang dianggap zalim dan tidak relevan lagi.
Pelakon, Abby melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan turut mempersoalkan ke mana slogan 'Janji Ditepati' yang dicanang pihak berkenaan.
“Sehingga kini mengapa masih wujud kem tahanan sebegini dalam negara dan saya sendiri kecewa terhadap kezaliman yang dilakukan kepada tahanan,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan ini.

22/06/2012

PAS TUKAR NAMA BARUNYA - PARTI ARTIS SEMALAYSIA ???

Nampaknya lepas seorang demi seorang celebrity artis artis di Malaysia semakin berahi hendak menyertai Pakatan Pembangkang. Bukan sekadar menyatakan sokongan tetapi sudah mula menonjolkan diri sebagai penceramah berucap didepan ratusan pak lebai pak lebai berkopiah, ternganga-nganga tercengang-cenganglah para pak lebai mendengar “tazkirah” artis artis disambut dengan laungan ‘takbiiiiiir’.

Malam tadi di Batu Gajah Perak, seorang lagi pelakon yang tidak begitu fofular Hairie Othman telah berceramah diatas pentas PAS buat julung julng kalinya…. Tindakan ini adalah kesinambungan Hairie menyertai Bob Lokman, Aishah dan Abby Abadi.

20/06/2012

BEKAS ARTIS MATA DUITAN SERTAI PAS ADA MUSLIHAT ????

Abby Abadi Dah Offer Nak Cari Calon Suami Seorang Ustaz...! Azhar Idrus Ada Peluang Terbaik....

“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama...” ujar Abby Abadi dramatis terkenal bekas pelakon utama siri Gerak Khas yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza. Abby menjelaskan, beliau sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

“Saya sekarang ini selalu berdamping dengan ustaz-ustaz, jadi saya mengharapkan jodoh saya dengan ustaz jugak...Allahu Akbar...! Taklah...,main-main, iklan-iklan...!"

12/06/2012

PAS KETANDUSAN WAKIL RAKYAT ???

Image Detail
TAWARAN ISTIMEWA DARI PAS - SIAPA NAK JADI WAKIL RAKYAT SILA MENDAFTAR SEGERA DENGAN WAKIL-WAKIL PAS TERDEKAT !!!!!
 
Baru sebulan dua penyanyi Aishah menyertai PAS, desas-desus kencang bertiup di dalam parti itu yang menyatakan dia akan terpilih sebagai calon mewakili parti tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Khabarnya, bisik-bisik di dalam PAS memberitahu bahawa Aishah akan dicalonkan di Jempol, Negeri Sembilan. Tak tahulah sama ada di Parlimen atau DUN. Tapi begitulah dikhabarkan…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...