Selasa, 26 Jun 2012

LIM KITAR SEMULA DAH NYANYOK HAMPIR PUPUS ???


kitsiang300

Soalan ini tak perlu jawab...kata Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata desakan Lim Kit Siang agar Barisan Nasional memberi jaminan peralihan kuasa akan berlangsung aman jika pakatan pembangkang menang pilihanraya umum ke 13 adalah sesuatu 'yang akademik dan tidak perlu dijawab'.

Perdana Menteri sebaliknya bertanya apakah pakatan pembangkang akan menghormati keputusan jika BN menang besar pilihanraya.

"Kalau saya tanya soalan itu...anda akan kata itu akademik.Jadi kalau anda tanya saya soalan itu...saya akan kata akademi,"katanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada tindak tanduk pembangkang yang kerap kali memekak itu ini tidak kena bila kalah sesuatu pilihanraya kecil kebelakangan ini.

Najib menjawab soalan berkenaan ketika ditanya seorang wartawan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat.

Malah baru-baru ini bekas Menteri Besar Perak,Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendakwa kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan panglima-panglima Angkatan Tentera meminta mereka ' berbuat sesuatu' jika BN kalah PRU13.

Angkatan Tentera telah menafikan dakwan itu.

Nizar kini sedang disiasat kerana membuat dakwaan berunsur fitnah itu.

Ditanya sama ada beliau akan menerima pelawaan debat dengan pembangkang, Najib berkata debat bukanlah satu budaya dalam politik di negara ini.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

Bersambung lagi disini KLIK SEGERA DAN BACA LAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...