Penasihat Tibai, Senator Ezam Mohd Nor berkata, kunjungan kumpulan ini
ke Kelantan adalah sebagai usaha untuk menegakkan kebenaran dan memberitahu
rakyat Kelantan mengenai pembohongan yang dilakukan Ketua PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Ini merupakan kunjungan pertama di Kelantan selepas Selangor dalam rangka lawatan kami ke negeri-negeri, untuk menjelaskan mengenai isu Anwar yang banyak berdolak-dalik dan menimbulkan sentimen kebencian rakyat terhadap Kerajaan.
Turut hadir, Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Dali Hussin; bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip yang bertindak sebagai Mursyidul Am Tibai; bekas Setiausaha Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas pengasas PKR, Ng Yum Yong dan bekas Exco AMK, Ghani Haron .
Beliau yang juga mantan Ketua AMK berkata, apa yang dilakukan Anwar dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu bukan untuk keadilan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) tetapi untuk kepentingan dirinya sendiri.
“Anwar ada agenda tersendiri, dengan menimbulkan kekecohan seperti yang berlaku dalam perhimpunan itu, dia mahu tanamkan perasaan benci rakyat kepada Kerajaan Pusat. Oleh sebab itu, kita kena betulkan keadaan semua ini agar rakyat tidak terkeliru,” katanya.
Kelab tersebut yang ditubuhkan bekas-bekas pemimpin dan pengasas PKR pada 22 April lalu, bertujuan untuk menyedarkan rakyat supaya menolak Anwar kerana Ketua Pembangkang itu didakwa bertanggungjawab dalam mencetuskan pelbagai masalah kepada negara termasuk soal keselamatan