ORANG MENGANDUNG PUN DAH BERANAK, NAK
SALAHKAN KERAJAAN TERDAHULU JUGAK ???? JAWAPAN SEPERTI ANAK2 SEKOLAH RENDAH
TAHUN 1.
PARIS – Timbalan Perdana Menteri Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar BERSABAR DAN MEMBERI PELUANG kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk
menyelesaikan pelbagai masalah bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.
Beliau berkata kerajaan mungkin
memerlukan setahun ataupun tiga tahun, malah mungkin lebih daripada itu untuk
memperbaiki negara yang telah berada bawah amalan kleptokrasi selama 61 tahun.
“Untuk memperbaiki sesuatu yang sudah
lama bukan mudah, tiada ‘TONGKAT
SAKTI’, tidak ada butang automatik yang anda
boleh tekan (untuk selesaikan segala-galanya)…ia tidak berfungsi seperti itu…ia
memerlukan kerja keras dan air mata dan harus diusahakan oleh semua orang
rakyat Malaysia.
“Kita mesti bekerja keras untuk memperbaiki
KEADAAN YANG
RUNCING dan proses ini mungkin mengambil masa
lama lagi,” katanya semasa berucap pada Majlis Diaspora Bersama Rakyat Malaysia
di Perancis di sini Ahad.
Dr Wan Azizah dalam rangka lawatan
kerja empat hari ke negara ini dengan agenda utama bagi mempengerusikan
Mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan,
Kebudayaan dan Sainstifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Sesi Ke-14
Majlis Antara Kerajaan bagi MOST.
Pada majlis yang dihadiri komuniti dan
pelajar Malaysia yang berada di Perancis itu, Dr Wan Azizah juga menjelaskan
bahawa perpaduan rakyat merupakan elemen penting dalam negara mengorak langkah
ke arah Malaysia baharu.
Dr Wan Azizah berkata sebagai sebuah
negara yang majmuk, tidak harus ada mana-mana kaum merasa iri hati dan
berprasangka buruk terhadap kaum lain.
“Kita melihat New Zealand itu satu
negara yang begitu stabil, sejahtera dan begitu aman, tetapi dikejutkan dengan white–supremacy (ketuanan
bangsa kulit putih) yang menyerang orang yang sedang bersolat, tidak
bersenjata…kita tidak boleh membenarkan antara kita merasakan iri hati, marah
dan benci sesama sendiri sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut menyeru
komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis untuk pulang ke tanah air
bagi membantu membangunkan negara menerusi kepakaran dan pengetahuan
masing-masing.
“Kita memerlukan semua diaspora
Malaysia dari seluruh dunia untuk membantu membina Malaysia baharu,” katanya.
— BERNAMA