Translate

19/03/2019

KERETA TERBANG UNTUK SABAH/SARAWAK SEBELUM HARI RAYA !!!

KUALA LUMPUR 19 Mac – Kerajaan dicadangkan membawa idea kereta terbang cetusan seorang menteri Pakatan Harapan (PH) untuk kegunaan rakyat di Sabah dan Sarawak berikutan tahap kualiti jalan raya di kedua-dua negeri itu masih tidak memuaskan.

Datuk Seri Anifah Aman (Bebas-Kimanis) berkata, KERETA TERBANG itu nanti dicadangkan menggunakan bahan asas DARIPADA BULUH yang dilihat ringan dan boleh diterbangkan.

Jelasnya, usaha itu dilihat dapat mengurangkan bebanan kewangan Kerajaan Persekutuan yang terpaksa menyalurkan peruntukan untuk memperbaiki jalan-jalan raya di kedua-dua negeri tersebut.

“Saya tertarik dengan cetusan idea seorang menteri untuk membina kereta terbang. Saya fikir, jika kerajaan tidak mampu menyalurkan kewangan untuk membaik pulih dan membina jalan raya untuk Sabah dan Sarawak.

Kalau tidak boleh membina jalan raya untuk Sabah dan Sarawak, saya rasa rakan-rakan sejawat juga bersetuju bahawa projek kereta terbang haruslah dimajukan untuk Sabah dan Sarawak dan boleh dibuat dengan menggunakan buluh agar ia ringan dan boleh terbang,” katanya sewatu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: KLIK DISINI © Utusan Melayu (M) Bhd 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...