KUALA LUMPUR 11 Okt. – KENYATAAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI DR. WAN
AZIZAH WAN ISMAIL BERKENAAN TAWARAN JAWATAN PERDANA MENTERI KEPADANYA oleh Yang
di-Pertuan Agong adalah tidak wajar.
Pengerusi Hisbah Centre For Reform (Hisbah), Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor
berkata, setelah lebih 100 hari memerintah negara, kepemimpinan kerajaan
Pakatan Harapan (PH) seharusnya berada di tahap maksimum bekerja
untuk rakyat dan bukan lagi mengheret persoalan lalu.
Lebih memeranjatkan, katanya, perkara yang dibicarakan adalah tentang
titah Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan tertutup di Istana Negara yang
seharusnya dipelihara kehormatannya.
“BERHENTI BERBICARA SOAL JAWATAN, TUMPU PERHATIAN KEPADA KERJA YANG
DIMANDAT OLEH RAKYAT DENGAN GAJI YANG DIBAYAR RAKYAT. Jawatan bukan
untuk dibuat sebagai pesona atau kemegahan sebaliknya jawatan adalah amanah.
“Lebih-lebih lagi dalam PRESTASI AHLI KABINET YANG MASIH
BELUM MENDAPAT KEYAKINAN TINGGI RAKYAT,” katanya dalam satu
kenyataan, di sini hari ini.
Wan Azizah dalam lawatan kerjanya di Indonesia semalam mengakui PERNAH DITAWARKAN
MENJADI PERDANA MENTERI selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
pada 9 Mei lepas.
Mohd. Ezam menambah, tugas seorang Timbalan Perdana Menteri adalah
membantu Perdana Menteri dan bukannya menguar-uarkan dirinya pernah ditawarkan
ke jawatan orang nombor satu negara itu.– UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: KLIK DISINI © Utusan Melayu (M) Bhd