APA
AKAN JADI DENGAN MALAYSIA DALAM 4 TAHUN BERBAKI???
Pelbagai cerita dan tindakan yang tak pernah kita
dengar pun selama ini tetapi hari ini perkara aneh itu menjadi kebiasaan.
Sebelum ini Najib dan BN digelarkan kerajaan
perompak dan pelbagai bahasa yang amat kasar.
Setiap sen duit kerajaan bisa dihitung oleh pak mat di kampung dan mak
minah di ulu pendalaman. Itu semua duit rakyat katanya. Harga minyak dikira
naik turunnya. GST di teliti dari setiap bil.
Hidup pula dikatakan susah dan rakyat makin miskin.
Peneroka masih mengeluh harga sawit yang ketika itu RM600 satu tan dan katanya
bila la buah nak mahal ni. Felda dituduh katanya menjerut peneroka tapi
sekarang harga buah tinggal RM280 saja.
Anak muda bangga berarak mahukan PTPTN mereka
dihapuskan kerana banyak negara pendidikan percuma kata mereka. Lepas belajar
terus kawin dan beli kereta tinggal menyewa bukan rumah flat tapi teres yang
sewaan RM1,000 keatas. Dapat anak merungut katanya susu mahal dan lampin semua
mahal.
Penjawat awam makin berani. Katanya kerja dalam
tekanan kerana tugasan dan bermacam arahan dari kerajaan kerana polisi. Cikgu
lantang di kantin mengutuk kerajaan ketika itu dengan isu yang mereka sendiri
tidak tahu pangkal hujungnya.
TAPI
ITU SEMUA DULU…
Hari ini AMBO tidak lihat netizen yang menyalak
pasal minyak walhal minyak masih mahal. AMBO tidak lagi nampak Guru yang berani
berpolitik di sekolah walhal polisinya masih sama malah makin teruk dengan IDEA BODOH MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI yang mahukan cuti oun
berperingkat mengikut negeri.
Tiada lagi manusia yang prihatin meneliti bil
belian mereka walhal SST
16% BERBANDING GST 6% dan bukan pada barangan keperluan asas.
Tiada lagi posting maki hamun dan cercaan dari
golongan muda tetapi PTPTN MEREKA MASIH PERLU DIBAYAR
SEHINGGA KINI. hahaha
Pak Mat, Hj Rauf dan Mak Minah tidak lagi berminat
nak bercakap politik setiap kali ke pasar dan kedai kopi. Pesara seperti Hj
Salleh tidak lagi memaki kerajaan walhal pencen yang mereka nikmati
bakal ditarik.
Tup tup Kerajaan Baru istiharkan bermacam alasan
untuk tidak melangsaikan hutang janji mereka kepada rakyat tetapi tiada rakyat
yang marah malah bangkit pertahankan walau barangan mahal..walau minyak tidak
turun..walhal PTPTN tetap kena bayar..walhal cukai sekarang takde dalam bil
tapi dah dimasukkan awal2 tanpa mereka tahu pun berapa dan banyak mana. Yang
pasti BARANGAN SESEN TAK TURUN MALAH LEBIH
MAHAL. Penjawat
awam takde sorang yang marah walhal kenaikan gaji mereka pun nak dikaji semula.
Tiada
bonus tiada kenaikan tangga gaji..
Tup tup Anak Pak Miuun call bagi tau nak balik
kampung sebab kontrak kerja tak disambung dekat-dekat raya ari tu.
Tup tup anak Mak Limah bagi tau nak pinjam duit untuk bayar sewa
rumah sbb syarikat dah diberhentikan dari projek besar dan dia pun takde kerja
.Hanya bini yang misi tu jer lah talian hayat yang ada.
Tup tup dengar kabar KERAJAAN NAK JUAL ASET DAN HARTA NEGARA sebab KONONNYA TAKDE DUIT
NAK URUS NEGARA.
YANG
MENGHAIRANKAN
ialah
dulu kerajaan perompak merompak duit rakyat tapi boleh bagi bonus dan kenaikan
gaji. Boleh bagi BR1M. Banyak projek besar dilaksanakan dan anak-anak muda
senang dapat kerja dan sara ibubapa. Banyak projek kecik diluar bandar dan
pembangunan sampai depan tangga walau dalam tanah rancangan dan ulu pendalaman.
Kerajaan perompak tapi penjawat awam senyum lagi
sebab boleh bawak balik duit bonus raya. Akhir tahun tak sakit kepala sebab ada
bonus hujung tahun yang boleh selesaikan baju seluar anak sekolah.
Yang hairannya dulu kerajaan perompak tapi takde
plak dengar kerajaan jual aset penting negara malah PNB dari RM 12 billion aset
meningkat kepada RM 43.9 pada akhir 2017. Aset Khazanah dari RM 33.7 billion
menjadi RM115.7 billion.
Kebenarannya diakui Daim yang merupakan perancang
utama ekonomi negara mengakui sukar menguruskan ekonomi negara hari ini. Kerana
apa?? Kerana pelabur tidak yakin dengan kerajaan hari ini. Dalilnya apa?
Dalilnya ialah LAWATAN
PM DI BEBERAPA NEGARA TERMASUK JIRAN BRUNEI MENEMUI JALAN BUNTU untuk meminjam wang dari Japan,China ,Amerika dan
London.
KERANA
APA PELABUR TAK YAKIN?? Sebab semua pemimpin bercakap soal hutang negara. Pergi luar negara cakap negara
berhutang sampai trilion. Walhal soal hutang itu untuk mendapat simpati rakyat
dan memberikan alasan supaya rakyat tidak marahkan kerajaan kerana tak tunai
pelbagai janji. Mana ada pelabur atau negara yang bodoh mahu melabur atau bagi
pinjam kepada negara yang hutangnya banyak dan bakal bankrap.
Rupanya dari dulu Pembangkang ketika itu menyatakan
negara akan bankrap dan bankrap itu betul tapi bukan di tangan BN tapi mereka
yang akan bankrapkan negara dengan menjual aset negara, bagi PELUANG ANAK-ANAK
DAN KRONI ROMPAK KONTRAK BESAR DAN KEBODOHAN MENGURUS NEGARA.
Kepada rakyat yer..AMBO tahu sangat yang anda semua
tengah meratapi kesilapan anda semua. Tu sebab takde caci maki di sosial media.
Bukan taknak maki tapi anda semua sedang MALU DENGAN DIRI ANDA SENDIRI.
Anda sedang berkecamuk mengira baki wang dalam acc anda yang tak sebanyak mana
tu. Anda sedang berkira sebelum ke kedai atau shoping komplek dan tidak seperti
dulu. Anda juga masih tidak menonton tv3 seperti dahulu kerana anda dah muak
dan mula marah dengan wajah atau watak yang keluar BERITA SETIAP HARI PASAL HUTANG.. HUTANG.. DAN
HUTANGGG.. termasuk lah anda yang hutangnya makin
bertambah..hikhikhik..
Apa pun persoalan dengan tajuk diatas AMBO nak
tinggalkan kepada pembaca untuk memikir dan menjawabnya..