Translate

18/10/2018

MB JOHOR KUDA TUNGGANGAN ATUK MADEY

“SAYA KATA TERPULANG TUN, INI IDEA TUN. JIKA TUN MAHU JAMBATAN DITERUSKAN SAYA HANYA IKUT,”

Ini merupakan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Osman Sapian menerusi portal rasmi Astro Awani semalam (16 Oktober 2018). SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG, itulah perumpamaan yang amat sesuai untuk ditujukan kepada Menteri Besar Johor, Osman Sapian. Melihat kepada kenyataan ini, jelas sekali Osman Sapian tidak menolak sama sekali pelaksanaan Projek Jambatan Bengkok yang menjadi idaman kalbu Tun Mahathir sejak sekian lama.

Lebih menghairankan, sebelum ini beria-ia Kerajaan Pusat membatalkan projek-projek mega di Malaysia dengan alasan kewangan negara yang tidak mengizinkan. Jadi HUTANG NEGARA YANG KATANYA 1 TRILION ITU HANYA MOMOKAN sahajalah? Dan maknanya negara tidak jadi hendak muflislah?

Bukan hanya Projek Mega sahaja malah projek-projek di Johor yang memberi banyak manfaat kepada rakyat Johor juga dibatalkan seperti Projek Pembinaan Masjid di Pengerang, Projek Jambatan di Pontian dan lain-lain lagi.

Terbaru, dengar cerita PROJEK PEMBINAAN HOSPITAL PASIR GUDANG JUGA BAKAL DITUNDA dan akan dikaji semula. Maklumlah bila ‘orang-orang atasan’ keluarkan kenyataan ‘akan dikaji semula’ faham-faham sahajalah apa yang bakal jadi. Saya yakin, peluang untuk meneruskan semula Projek Pembinaan Hospital Pasir Gudang ini sangat tipis.

Jadi LOGIKKAH JIKA PROJEK JAMBATAN BENGKOK INI DITERUSKAN semula bila hampir setiap hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita bahawa kewangan negara dalam keadaan parah? Bila hendak sambung semula Projek Jambatan Bengkok ini mana perginya alasan yang projek ini akan merugikan Malaysia dan hutang negara semakin banyak itu semua? Tiada….


IMPIAN TUN MAHATHIR KITA KENA TUNAIKAN, HABIS IMPIAN RAKYAT ? hendak tol dihapuskan siapa pula mahu tunaikan? Osman Sapian? Dalam mimpi sahajalah.

Jadi mana yang lebih menjadi keutamaan kepada Osman Sapian, rakyat Johor atau Tun Mahathir?

Oleh sebab itu, Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor perlu menyatakan pendirian yang tegas soal Projek Jambatan Bengkok. BUKANNYA, JADI KUDA TUNGGANGAN TUN MAHATHIR, ikut sahaja segala telunjuk Tun Mahathir. Sepatutnya, Osman Sapian berpegang kepada nasihat Tuanku, Sultan Johor bahawa Johor perlu jadi Johor.

Osman Sapian sebagai pemimpin negeri Johor perlu mengutamakan rakyat Johor dari orang luar. Malah Sultan Johor juga pernah bertitah bahawa pemimpin Johor perlu bekerja untuk rakyat dan negeri Johor. Jangan hanya semata-mata ingin memuaskan hati seseorang individu, rakyat sendiri yang tergadai. Fikir-fikirkanlah…

Projek Jambatan Bengkok ini juga mendapat perhatian dari DYAM Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitter rasmi Tuanku sendiri ‘HRH Crown Prince of Johor’ yang berpendapat bahawa lebih baik dan wajar meneruskan Projek Pembinaan Hospital di Pasir Gudang berbanding Projek Jambatan Bengkok. Tambah Tuanku lagi, semua hospital di daerah Johor ini memerlukan lebih banyak lagi katil dan alatan perubatan.

Secara literalnya sahaja amat bersetuju dengan pandangan TMJ kerana ia memberi banyak faedah dan manfaat secara inklusif kepada rakyat Johor khususnya. Banyak lagi sebenarnya yang perlu dipandang serius oleh kerajaan lebih-lebih lagi soal kebajikan rakyat Johor berbanding Projek Jambatan Bengkok.

Dhia Hani,
Persatuan Pemikir Muda Johor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...