LANGKAWI - MAJLIS PERJUMPAAN Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad BERSAMA
PERSATUAN PEMANDU TEKSI DI LANGKAWI HARI INI KECOH seketika apabila beberapa orang ahli persatuan
bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan
pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.
Kira-kira 10 orang pemandu teksi itu berteriak dan
mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri
berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan
demi manfaat semua pihak.
Kekecohan itu hanya berlaku kira-kira dua minit dan
selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya
cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan
mereka.
“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat
sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada
saya, saya tak boleh tolonglah.
“SAYA BUKAN NAK JADI
PERDANA MENTERI. SAYA BERSARA DAH TAPI ORANG PANGGIL BALIK. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak
saya jadi perdana menteri HARI
INI PUN SAYA LETAK JAWATAN.
Tak ada masalah bagi saya,” katanya. - Bernama