Translate

26/10/2018

TERANG DAN JELAS DASAR KOMUNIS MENGHINA PEMERINTAHAN ISLAM

KOTA BHARU - PENULARAN SURAT YANG DIKAITKAN DENGAN PENDAHULUAN KEWANGAN UNTUK KERAJAAN KELANTAN BOLEH MENGAIBKAN NEGERI INI, di samping membuktikan ketidakupayaan integriti kerajaan PH.

Pemerhati Politik, Mohd Sayuti Omar berkata, surat permohonan pendahuluan  Kerajaan Kelantan itu tidak seharusnya ditularkan dan LIM GUAN ENG SEBAGAI MENTERI TIDAK PERLU MENGGUNAKAN CARA TERSEBUT UNTUK MEMBUKTIKAN APA YANG DINYATAKAN.

MENTERI TIDAK PERLU PUN MENDEDAHKAN SURAT ITU kerana ia bersifat ‘RAHSIA’. Guan Eng mengambil tindakan kurang bermoral itu sebagai membelanya apabila beliau dituduh memfitnah Kerajaan Kelantan. Tuduhan itulah menjadi punca kenapa Guan Eng mendedahkannya.

“Tidak menjadi masalah kalau Guan Eng hendak bela diri dan maruahnya, tetapi tidak wajar menunjukkan surat itu kerana ia dokumen peribadi kerajaan. Diharap lain kali, pihak berwajib dapat menjaga integriti dan menghormati di antara satu sama lain berkaitan prosedur yang dibenarkan.


“Jangan jadikan maklumat sulit sebagai jalan keluar untuk kepentingan politik. Kerajaan PH harus mengambil berat perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, ia mungkin menyeronokkan rakyat dan menggambarkan ketelusan, tetapi di sebalik itu ia MENGGAMBARKAN SIKAP ‘DENDAM’ mendendami, malah sikap ini tidak baik dan bukan satu penyelesaian untuk kebaikan negara.

Dalam masa yang sama, Sayuti juga mengingatkan Pas supaya berhati-hati menyerang Guan Eng kerana perlu ada kajian kenapa dan apakah tujuan sebenar menteri tersebut mendedahkan dokumen itu.

“Kalau nak bela dirinya pun, cukup setakat buat kenyataan tanpa mendedahkan dan dibiarkan surat itu tular. Pemimpin khasnya di Kelantan jangan bercakap sesuka hati dan perlu melihat implikasinya.

“Kurangkan menjadikan hal-hal seperti dokumen peribadi sebagai modal politik. Semua pihak seharusnya lebih profesional bagi mewujudkan suasana politik kondusif yang matang dan sejahtera,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...