KUALA
LUMPUR - WAN SAIFUL WAN JAN meletakkan
jawatan sebagai penasihat khas Menteri Pendidikan, Dr
Maszlee Malik berkuatkuasa 30 November ini.
Namun Wan Saiful yang juga
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan
keputusan itu dibuat susulan ketidaksefahamannya dengan Dr Maszlee.
"Mudah untuk bekerja
dengan menteri sebenarnya malah tak ada protokol tapi beliau mahukan keputusan
dan mesti siapkan dengan cepat serta efektif.
"Beliau setuju dengan
keputusan saya bahawa saya kena adil dengan PTPTN. Beliau ada minta saya tunggu
dulu tapi sekarang Belanjawan 2019 dah diumum dan reformasi PTPTN akan berlaku
jadi saya letak jawatan dengan persetujuan menteri," katanya lapor The
Star, hari ini.
Menurut
Wan Saiful, matlamat utamanya sebagai penasihat khas untuk fokus kepada
beberapa perkara lain selain PTPTN NAMUN TUGASNYA SEMAKIN BERTAMBAH.
"Saya masuk pejabat kementerian jam 8.30 pagi dan balik jam 9 malam jadi saya RASA
MUSTAHIL UNTUK SAYA TERUSKAN TANGGUNGJAWAB INI pada
masa yang sama dalam PTPTN juga," katanya.
Katanya Dr Maszlee masih
memiliki pasukan yang hebat untuk menyokongnya di kementerian.
Sumber rujukan: KLIK DISINII