Translate

08/10/2018

#PH: KERJA TAK BUAT, CARI SALAH ORANG SAJA

PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta BERHENTI DARI TERUS MENCARI SALAH KERAJAAN TERDAHULU sebaliknya didesak untuk melaksanakan tugas sebagai kerajaan yang baik.

Exco Pemuda Umno, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata PH yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamed perlu membuktikan rakyat yang memilih mereka tidak ditipu dan menunjukkan mereka lebih baik dari BN.
Shahrul Nasrun berkata sepanjang lima bulan atau 200 hari negara di bawah kerajaan baharu, tidak banyak masalah rakyat yang berjaya diatasi.

"Pemimpin PH juga tidak lagi menjadi juara dalam isu-isu rakyat sebaliknya lebih banyak bermain dengan sentimen konon Kerajaan hari ini sedang memperbaiki segala kerosakan yang berlaku sepanjang 60 tahun negara di bawah BN," katanya.

Tambahnya harapan tinggi rakyat terhadap PH tidak menjadi kenyataan malah KERAJAAN PH MULA DIANGGAP TERUK berbanding BN disebabkan keputusan dan tindakan yang telah diumumkan setakat ini TIADA SATU PUN YANG BENAR-BENAR MEMBERI MANFAAT KEPADA RAKYAT.

" Sepanjang lima bulan di bawah Kerajaan PH lebih 400 projek rakyat dibatalkan hanya kerana ia adalah dasar daripada kerajaan terdahulu sedangkan projek-projek ini memberi manfaat kepada rakyat dari golongan B40," katanya.

Selain itu beliau berkata langkah dan tindakan populis kerajaan PH dalam MEMANSUHKAN GST DAN KEMBALI KEPADA SISTEM SST MULA DILIHAT SEBAGAI KEGAGALAN TERBESAR KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.


Menurut Shahrul Nasrun lagi, laporan KPDNHEP dari pemantauan ke atas 384 item sebanyak 304 item tidak mengalami perubahan harga selepas cukai GST dimansuhkan.

"Sebaliknya 51 item bagi sektor perkhidmatan servis kenderaan dan perhotelan telah mengalami kenaikan di antara lima sehingga sepuluh peratus.

Ini bermakna tohmahan PH kononnya rakyat terbeban kerana GST dan GST punca harga barang melambung tidak berasas," katanya.

Tambah beliau lagi,  RAKYAT TERUTAMA GOLONGAN B40 KINI MASIH DIHIMPIT DENGAN ISU KOS SARA HIDUP WALAUPUN GST DIMANSUHKAN.

"Bermakna langkah memansuhkan GST tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara," katanya.
Selain itu, Shahrul Nasrun berkata, NILAI RINGGIT JUGA SEMAKIN SUSUT di mana kini ringgit pada kadar RM4.16 untuk setiap dolar dan jumlah rizab Bank Negara merosot sebanyak RM26.5 bilion dalam tempoh lima bulan di bawah pentadbiran Tun Mahathir.

"PALING MENGEJUTKAN LAPORAN BANK DUNIA KINI TELAH MENURUNKAN UNJURAN PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN 2018 ADALAH 4.9% DARIPADA 5.4% MALAH DIJANGKA AKAN TERUS MENURUN MENJELANG TAHUN 2020," katanya.

Ujarnya lagi, RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN KONTROVERSI dan politik sepanjang masa sedangkan permasalahan dan isu yang menghimpit seperti kos sara hidup, barang keperluan mahal dan peluang pekerjaan yang terhad diabaikan oleh KERAJAAN PH TANPA ADA SATU USAHA BAGI MENCARI JALAN PENYELESAIANNYA.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...