Translate

30/04/2014

HUDUD: PAS JANGAN BUAT PEKAK BADAK ???


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) beramah mesra dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahinya di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu di Pulau Melaka

KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang beragama Islam dan PAS disaran menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai hukum hudud yang berperanan memperinci dan memberi kefahaman kepada rakyat berhubung hukum itu.
Anggota Dewan Negara Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penjelasan mendalam mengenai hudud, kaedah dan kesan pelaksanaannya perlu dibuat segera secara meluas termasuk kepada masyarakat bukan Islam sebelum rang undang-undang persendirian mengenainya dibentangkan PAS di Dewan Rakyat.
"Orang Islam sendiri pun ramai yang kurang faham apa itu hudud. Ini perlu dijelaskan. Eloklah pemimpin-pemimpin Islam (BN dan Pas) duduk semeja, tubuhkan satu jawatankuasa khas, buat forum, dialog untuk terangkan kepada rakyat.
"Kalau terus nak terangkannya di Parlimen, ini makan masa, dan kita (anggota Yang Berhormat) pun ada banyak perkara lain nak dibawa dan dibincang di Dewan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Bagi membolehkan jawatankuasa itu memperinci dan membuat penerangan menyeluruh tanpa terikat kepada ideologi politik, Mohd Ali mencadangkan supaya ia turut disertai pelbagai pemikir Islam, ahli akademik, Majlis Fatwa Kebangsaan dan pengamal undang-undang syariah.
Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS negeri itu, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa di Dewan Rakyat Jun ini usul mengenainya.
Namun, hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...