Translate
Memaparkan catatan dengan label SOP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOP. Papar semua catatan
09/08/2015
15/07/2014
ADUHAI....NAK TUNGGU ARAHAN JUGAK, SOP KERJA MANA ???
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak
mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.
"Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak)
boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia," katanya kepada
pemberita, di Kangar hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan
keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan
Sabah.
Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap
oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu
lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi
dilarikan.
06/06/2014
J A I S MENGAMALKAN SOP SONGSANG PUNCA AGAMA LAIN TIDAK MENGHORMATI ISLAM
Jais Tak Patut Serbu Majlis Kahwin Di Kuil - Tun M
GOMBAK: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, sebagai pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang berhak menyiasat agama seseorang, tetapi tidak patut menyerbu majlis perkahwinannya.
Sejajar dengan itu, beliau menyarankan Jais merujuk kepada al-Quran kerana di dalam kitab suci itu terdapat banyak larangan berhubung tindakan terhadap seseorang yang tidak mengaku beragama Islam.
"Kamu (Jais) boleh menyiasat, tapi tidak boleh menghalang orang berkahwin. Apabila kamu menghormati agama orang lain, orang agama lain juga akan menghormati kamu.
21/08/2013
KECIL-KECIL TAK MAU MAMPOS,DAN BESAR MENYUSAHKAN ORANG !!!
Polis tembak Geng 04 ikut prosedur - AKAN CARI SAKI BAKI HINGGA KE LOBANG CACING...
Anggota patuh SOP, nafi lepaskan 30 tembakan
Georgetown: Polis menafikan dakwaan dilemparkan keluarga kepada lima lelaki yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, dekat sini kelmarin bahawa anggotanya tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang operasi itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengikut SOP ditetapkan sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi berkenaan.
Mengenai dakwaan polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis." Datuk Abdul Rahim Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang,
“Mengenai dakwaan polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis.
28/03/2013
Kadar Jenayah Perlu Terus Diturunkan mengikut SOP yang ditetapkan
KUALA LUMPUR: Walaupun kadar jenayah telah menurun 27 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kadar jenayah itu terus menurun.
Beliau menarik perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan perkhidmatan komuniti polis dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.
"Sudah pasti pelbagai transformasi yang diperkenalkan itu tidak boleh membawa perubahan dalam sekelip mata, ia memerlukan masa serta fokus untuk melakukan penambahbaikan terhadap pasukan polis," katanya dalam entri terbaru bertajuk 'Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita' di laman blognya.
13/09/2012
Bank Negara digesa kaji prosedur lelongan

PELABUHAN KLANG: Bank Negara Malaysia digesa supaya mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) membabitkan lelongan harta benda, kenderaan, bangunan dan perumahan kerana SOP berkenaan dianggap berat sebelah selain membebankan pengguna.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, sehingga semalam, pihaknya menerima kira-kira 800 aduan daripada pengguna di seluruh negara membabitkan aset mereka yang dilelong tanpa pengetahuan individu yang terbabit.
04/09/2012
Penipuan catatan hasil tangkapan dikesan
Hasil tangkapan ikan wajib direkod mulai bulan depan
KUANTAN: Mulai bulan depan, semua pengusaha ikan laut dalam dan nelayan diwajib mencatat pendaratan hasil tangkapan dan aktiviti pergerakan vesel mereka di dalam buku log.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom berkata, tugas mencatat hasil tangkapan akan dilakukan oleh pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi mengelak penipuan catatan hasil tangkapan.
Label:
Bot Vessel Kelas C2,
Disel,
Laut Dalam,
LKIM,
Penipuan,
SOP
Langgan:
Catatan (Atom)