Umno perlu lahirkan
ramai 'keyboard warriors' untuk menyelamatkan masalah peribadi atau ????
PASIR GUDANG - Umno perlu melahirkan lebih ramai
'keyboard warriors' dalam menangkis tohmahan dan fitnah ke atas kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui
kewujudan media sosial ini mewujudkan satu pembentukan minda persepsi mengatasi
realiti.
"Saya tidak menafikan
ruang siber adalah medan paling penting masa kini, ia tidak lagi menjadi
medan fizikal iaitu face to face (bersemuka) komunikasi sebab itu kita perlu
wujudkan lebih ramai apa yang saya sifatkan keyboard warrior.
"Pembangkang tidak
perlu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya perlu menimbulkan keraguan dan
persoalan diminda rakyat sudah cukup menghancurkan Umno dan Barisan
Nasional," katanya Umno Bahagian Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman
Mawar, di sini, hari ini.
Sumber: KLIK DISINI